Khabar angin mengenai kes rogol di USM

Baru-baru ini khabar angin mengenai kes rogol di USM telah menyebabkan kebimbangan dikalangan mahasiswa dan pihak pentadbiran USM tidak mengendali kes ini dengan baik. Ahli DEMA di USM iaitu Student Progressive Front USM telah mengambil beberapa tindakan untuk membantu dalam kes ini. Antarnya adalah kenyataan akhbar dalam bahasa melayu & cina dan surat kepada TNCHEP USM berikut:

Kenyataan akhbar

 

29 Januari 2008

 

Kepada Editor

 

Student Progressive Front (SPF) Menyeru Pihak Universiti Menyelesaikan Khabar Angin mengenai kes rogol dalam Kampus Dengan Segera Dan Secara Telus

 

SPF menyeru pihak universiti agar memberi penjelasan terhadap khabar angin yang mengenai kes rogol yang dilakukan oleh orang minyak di dalam kampus USM baru-baru ini. khabar angin ini telah menakutkan mahasiswa-mahasiswi, sehingga mereka tidak dapat fokus dalam pelajaran, dan ada juga pelajar yang terpaksa berpindah ke rumah kawan. Selain itu, waktu kini juga waktu peperiksaan, ini secara langsung akan menjejaskan keputusan mahasiswa-mahasiswi.

 

Di samping itu, SPF menyeru pihak universiti agar menyelesaikan kes ini secara telus. Sekiranya pihak universiti mendapati kes rogol ini adalah benar, maka perlulah kita faham bahawa kes rogol merupakan kes jenayah, jadi kes ini harus diserahkan kepada polis tetapi bukan “simpan” di dalam kampus. Pihak universiti juga harus mengumumkan hal ini kerana mahasiswa-mahasiswi berhak mengetahui hal-hal yang telah berlaku di dalam kampus. Mahasiswa-mahasiswi juga boleh membuat persediaan untuk menjaga keselamatan diri dan mempertahankan diri sekiranya mereka berhadapan dengan hal sebegini. Pihak universiti juga harus merancang dengan teliti demi keselamatan mahasiswa-mahasiswi tetapi bukan dengan cara menutup hal ini atas sebab ia mungkin akan menjejaskan nama baik universiti. Manakala jika kes ini didapati palsu, pihak universiti juga harus mengumumkan supaya mahsiswa-mahasiswi berasa lega hati dan kehidupan kampus mereka tidak dijejaskan.

 

SPF juga menyeru semua pihak termasuk pihak universiti, kita harus memberi perhatian pada kes rogol, apa yang penting adalah menyiasat sama ada kes rogol benar-benar berlaku, barulah kita menyiasat adakah perogol itu ialah orang minyak atau tidak. Isu yang penting dalam kes ini sepatutnya bukan orang minyak tetapi kes rogol dan keselamatan dalam kampus.

SPF berasa tanggungjawab pihak universiti adalah menjaga keselamatan mahasiswa-mahasiswi, bahagian hal ehwal pelajar harus memastikan pelajar hidup dalam kampus yang selamat dan sejahtera.

Loo Que Lin

Setiausaha Student Progressive Front

012-3133144

quelinloo@yahoo.com

新闻文告

致:新闻编辑

二零零八年一月二十九日

前进阵线促请校方迅速及透明化解决传言

前进阵线针对最近在校园流传学生被油鬼仔强奸事件促请校方迅速解决,此传闻导致学生群人心惶惶,无法专心上课,而且现在又是中期考试时期,这样将严重影响学生的课业。

此外,前进阵线促请校方透明化处理此事,如果证实有学生被强奸,强奸案属刑事罪,应该交由警方彻查。此外,校方也要通知学生,毕竟学生有知道事情真相的权力,让学生可以做好防范措施。校方也应该妥善安排以保障学生安全。如果此事纯属传言,校方就应该公布,勿导致校园学生人心惶惶,以免影响学生在校园内的生活。

前进阵线也呼吁各界包括校方,我们必须先确定是否有强奸案,才再谈造案者是否是所谓的油鬼仔。主要对这整件事的重点应该放在强奸案及校园的治安问题,而不是油鬼仔。

前进阵线认为保护学生安全是校方的职责,如今校园学生人心惶惶,学生事务处有必要向学生交待,以归还学生一个安全与理想的生活空间。

理大前进阵线文书

罗贵玲

012-3133144

quelinloo@yahoo.com

Surat kepada TNC USM

Kepada,

Y.Berusaha Prof. Madya Omar Osman

Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

Universiti Sains Malaysia 29 JANUARI 2008

 

Tuan,

 

MEMOHON PIHAK UNIVERSITI MENGAMBIL BERAT TERHADAP KHABAR ANGIN

MENGENAI KES ROGOL YANG BERLAKU DALAM KAMPUS PADA MASA INI.

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya kami ingin meminta daripada pihak Tuan untuk memberi perhatian dan mengambil tindakan yang sewajarnya berhubungan dengan khabar angin mengenai kes rogol yang telah berlaku di sekitar kampus Universiti yang telah menimbulkan kerisauan dan mengganggu ketenteraman mahasiswa dan mahasiswi dalam kampus.

2. Untuk pengetahuan Tuan, khabar angin kes rogol yang berlaku di sekitar kampus Universiti bukan sahaja menimbulkan kerisauan dan ketidaktenteraman dalam kehidupan warga kampus, malahan hal ini telah menyebabkan proses pembelajaran mereka terganggu. Sebagaimana yang didapati, peristiwa ini telah menyebabkan banyak penginap dari desasiswa Cahaya Gemilang terutamanya mahasiswi telah berpindah ke tempat penginapan yang lain untuk menjaga keselamatan mereka.

3. Sehubungan dengan ini, kami dengan ikhlasnya berharap agar pihak Tuan dapat mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya untuk menanggani masalah ini . Antara cadangan yang dikemukakan oleh kami adalah seperti berikut:

a)Pihak berkuasa harus menyelesaikan masalah kampus ini secara telus dan berkesan dengan mengeluarkan notis pemberitahuan kepada warga kampus mengenai kebenaran kes tersebut .

b)Menyiasat dengan teliti dan serius mengenai kes tersebut dengan memberi penjelasan yang sewajarnya kepada warga kampus .

c)Meminta setiap Majlis Penghuni Desasiswa mengambil berat terhadap isu keselamatan yang kian berlaku dalam sekitar kampus serta mengambil langkah penyelesaian yang sewajarnya .

d)Menambahkan lampu jalan di kawasan desasiswa seperti desasiswa Cahaya Gemilang , desasiswa Fajar Harapan dan desasiswa Bakti permai serta sekitar kawasan Universiti yang kekurangan lampu keterangan .

 

4. Isu keselamatan warga kampus dalam Universiti bukan lagi satu isu yang baru dan ia perlu diselesaikan dengan secepat mungkin supaya kehidupan warga kampus dalam Universiti tidak terganggu . Pihak Jabatan keselamatan Universiti haruslah memainkan peranannya dengan sepenuhnya terutama dalam mengelakkan kes tersebut berlaku dan menyelesaikan masalah sedemikian dengan lebih profesional .

 

5. Akhir sekali, kami ingin meminta maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul. Diharapkan permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh Tuan. Kerjasama Tuan amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 

( YAP HENG LUNG )

 

Sk

Y. Bhg. Dato’ Profesor Dzulkifli Abdul Razak

Naib Canselor,

Universiti Sains Malaysia

4 thoughts on “Khabar angin mengenai kes rogol di USM

  1. It seems that you’ve put a good amount of effort into your article and I want a lot more of these on the World Wide Web these days. I truly got a kick out of your post. I do not have a bunch to to say in reply, I only wanted to register to say fantastic work.

  2. pakat ramai2 tangkap perogol, tangkap orang minyak….tk ade hebatnye penjenayah2 tu…guard2 yg ada ronda jgn tegok ckup time je..jngan biar wujud n melarat…

  3. Pingback: CCTV powerless against Orang Minyak « Komunikasi Kampus!

Leave a comment