PMN positif atau negatif?

Below is an opinion about Parti Mahasiswa Negara(PMN) from Azrul Azreef bin Baharun (DEMA member at Kolej Tuanku Jaafar). Hope you all also can express your opinion about PMN here.

Parti Mahasiswa Negara

Bagi saya, penubuhan Parti Mahasiswa Negara oleh beberapa pihak baru-baru ini membawa banyak impak sama ada secara positif atau negatif sama ada kepada gerakan mahsiswa, kerajaan, demokrasi dan rakyat.

Secara positif, penubuhan Parti Mahasiswa Negara memberi suatu reaksi yang baik dalam perjuangan gerakan pelajar di Malaysia.Setelah cuba dilumpuhkan secara paksa oleh kerajaan setelah didapati mengancam status kerajaan pada sekitar tahun 60-an dan 70-an,undang- undang bersifat draconian terutamanya AUKU telah diperkenalkan, dipinda dan dilaksanakan oleh kerajaan selain pelbagai lagi strategi yang membawa pelbagai impak kepada gerakan pelajar di Malaysia

Kejayaan akta-akta draconian dan strategi-strategi lain telah menyaksikan gerkan pelajar telah mengalami zaman kemuraman tetapi belum lagi mati.Sekelompok pelajar tetap gigih menentang keboborokan kerajaan dan mempertahankan gerakan mahasiswa daripada dihancurkan dan dilumpuhkan oleh kerajaan.

Perjuangan kelompok ini sama ada kecil atau besar membolehkan gerakan pelajar meneruskan survivalnya dan mengggagalkan usaha kerajaan untuk melumpuhkan gerakan mahasiswa. Penubuhan PMN dapat dilihat sebagai petanda kejayaan perjuangan kelompok mahasiswa yang terus berpegan teguh kepada idealisme gerakan mahasiswa.

Penubuhan PMN dapat dilihat sebagai percambahan kesedaran terhadap idealisme gerakan mahasiswa. Tindakan kelompok mahasiswa yang menubuhkan PMN dapat dilihat sebagai satu tindakan mencabar akta-akta draconian dan strategi-strategi lain yang telah digunakan untuk menindas gerakan mahasiswa dalam dekad terdahulu. PMN merupakan manifestasi solidariti dan keberanian satu kelompok pejuang gerakan mahasiswa.

PMN mungkin hanya tinggal satu idea atau lebih parah lagi tidak pernah wujud sebagai idea andai kelompok ini tidak bersolidariti kerana solidariti merupakan teras utama gerakan mahasiswa. Atas solidariti kelompok inilah hari ini kita dapat menyaksikan suatu perubahan dalam senario politik negara walaupun saiz impaknya masih belum kelihatan.

PMN juga mungkin hanya wujud dan mungkin tidak pernah wujud sebagai idea andai kelompok ini tidak mempunyai keberanian untuk menubuhkan pergerakan ini. Peubuhan PMN seperti yang telah dinyatakan di atas merupakan suatu bentuk cabaran terhadap akta-akta draconian dan strategi kerajaan yang bersifat anti gerakan mahasiswa.Keberania n inilah yang mendorong mereka muncul di khalayak masyarakat lantas menubuhkan PMN

Justeru, dapat dilihat di sini bahawa solidariti dan keberanian yang ditunjukkan oleh kelompok ini merupakan hasil daripada perjuangan pejuang gerakan mahasiswa yang terdahulu.

Reaksi kerajaan terhadap peubuhan PMN merupakan suatu perkembangan yang menarik untuk dikaji. Setakat ini, kerajaan menegaskan bahawa tindakan akan diambil tehadap mana-mana mahasiswa atau pelajar yang terlibat dalam penubuhan dan pergerakan PMN. Malah, UIA telah meminta bantuan Malaysiakini untuk mengesan mana-mana pelajarnya yang terlibat dalam penubuhan dan pergerakan PMN. Suatu tindakan yang boleh ditafisrkan sebagai bertentangan dengan fungsi universiti sebagai pusat kelahiran manusia bukannya pusat kelahiran pekerja atau penganggur semata-mata. Reaksi Malaysiakini, seperti yang dijangka menolak untuk bekerjasama dengan UIA.

Tindakan UIA ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan kian terdesak untuk menghancurkan kebangkitan gerakan mahasiswa yang kian menonjol terutama hasil keberanian mereka untuk menubuhkan sebuah parti politik untuk mencabar hegemoni kerajaan yang telah lama berkuasa.

Sama ada kerajaan akan mengambil tindakan tegas atau berlembut, kedua-dua pilihan tersebut bakal memakan kerajaan sendiri. Tindakan tegas kerajaan akan ditafsirkan oleh massa sebagai bukti kerajaan berniat jahat mengongkong ruang demokrasi di Malaysia. Manakala tindakan berlembut terhadap golongan ini pula akan ditafsirkan sebagai ketidak mampuan kerajaan mengekang kebangkitan pergerakan anti-kerajaan atau anti establishment dalam kalangan mahasiswa. Selain itu, tindakan berlembut dengan golongan ini akan memberi peluang kepada gerakan mahasiswa untuk berkembang  dan meluaskan pengaruh mereka dan bakal menjadi ancaman kepada kerajaan jika tiada aral melintang.

Justeru, dapat dilihat di sini bahawa kerajaan tidak mempunyai pilihan dalam berhadapan golongan ini. Kedua-dua tindakan akan membawa padah kepada mereka. Bagaimanapun, kita seharusnya terus memantau tindakan kerajaan seterusnya dan mengkaji kembali impak tindakan tersebut.

Namun, penubuhan PMN juga mempunyai kontradiksinya yang tersendiri. Penubuhan PMN dapat dilihat sebagai suatu tindakan yang terburu-buru dan tiada perancangan rapi walaupun pemimpinnya mungkin menafikan hal ini. Pertama, kekaburan idealisme PMN. PMN dalam kenyataan akhbarnya menyifatkan bahawa selama 50 tahun senario politik di Malaysia hanya didominasi oleh kerajaan dan pembangkan yang kedua-duanya lebih bertujuan politik untuk kepentingan sesetengah individu dan tidak lagi berjuang untuk hak rakyat.

Kebenaran mengenai senario tersebut mungkin benar dan mungkin juga salah bergantung kepada penilaian anda sendiri namun pada masa yang sama PMN juga gagal mengemukakan idealismenya sendiri. Kegagalan tersebut menyebabkan PMN bukanlah suatu alternatif yang terbaik kerana tanpa sebarang idealisme yang jelas, massa tidak akan berubah arah dan memberi sokongan kepada PMN walau apa pu ropaganda yang dibawanya.

Sebaliknya, tanpa idealisme yang jelas, PMN hanya merupakan sebuah pergerakan politik yang bersifat lepas geram sekelompok golongan dalam masyarakat yang muak dalam senario demokrasi di Malaysia. Mana-mana pergerakan  politik yang bersifat sebegini akan menemui kegagalan sejak kali pertama pergerakan tersebut menemui massa. Survival PMN dalam jangka masa panjang masih lagi diragui kerana pergerakan ini masih lagi mengalami kekaburan idealisme mungkin hanya pada pandangan massa dan bukan pada pimpinan PMN atau mungkin juga kedua-duanya.

Selain itu, kehadiran PMN yang menyatakan bahawa mereka tidak cenderung kepada mana-mana parti politika atau mana-mana proksi juga bukanlah suatu perkembangan yang baik kepada pergerakan demokrasi di Malaysia. Solidariti antara barisan dan pergerakan yang tidak bersifat pro kerajaan sama ada pergerakan sosialisme, Islamisme atau apa-apa ideologi sekalipun merupakan faktor dan komponen penting dalam merobohkan kekuatan kerajaan Malaysia yang bersifat autotarian dan gagal menjalankan tanggungjawab demokrasi kepada rakyat. Hanya solidariti ini mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih demokratik.

Penubuhan PMN yang tidak menyebelahi mana-mana pihak bukanlah suatu perkembangan yang baik kepada solidariti pergerakan yang tidak pro kerajaan. Kehadiran PMN andai berjaya didaftarkan atau bertanding sebagai calon bebas di mana-mana kawasan akan menyumbang kepada pemecahan undi pembangkan. Walaupun PMN pada masa kini hanyalah ibarat nyamuk yang tidak mempunyai impak yang begitu besar kepada persaingan antara kerajaan dan pembangkan namun sedikit-sebanyak melemahkan solidariti pembangkang. Menelusuri situasi ini kita akan mendapati bahawa perkembangan ini hanya memberi keuntuntungan kepada pembangkan.

Justeru, penubuhan PMN memberi impak yang berbeza dan bersifat pro dan kontra kepada perkembangan pergerakan pelajar dan demokrasi di Malaysia. Namun, perkembangan PMN harus diamati dengan rapat dan segala isu yang timbul sama ada bersifat positif atau negatif seharusnya dikaji dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s