PAS:Hukum gantung pelajar UPM dibantah, prosiding tatatertib dipertikai

Abdullah A Karim
Fri | Nov 23, 07 | 8:14:38 pm MYT

Saya merujuk kepada keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Khamis 22 November 2007 yang telah menjatuhkan hukuman gantung satu semester ke atas Lee Song Yong, mahasiswa tahun dua setelah beliau didapati bersalah di atas tuduhan menghalang pegawai universiti dari menjalankan tugas, kewajipan dan fungsinya.

Saya tidak bercadang untuk membangkitkan tentang merit pertuduhan tersebut, tetapi apa yang sangat dikesalkan ialah sikap angkuh pentadbir UPM yang berkeras untuk meneruskan perbicaraan tatatertib ke atas pelajar terbabit, meskipun terdapat permintaan daripada daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)supaya prosiding ke atas Lee digantung sementara Suhakam menjalankan penyiasatan terhadap dakwaan berlaku perlanggaran hak asasi manusia oleh pihak UPM. Continue reading