PAS:Hukum gantung pelajar UPM dibantah, prosiding tatatertib dipertikai

Abdullah A Karim
Fri | Nov 23, 07 | 8:14:38 pm MYT

Saya merujuk kepada keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Khamis 22 November 2007 yang telah menjatuhkan hukuman gantung satu semester ke atas Lee Song Yong, mahasiswa tahun dua setelah beliau didapati bersalah di atas tuduhan menghalang pegawai universiti dari menjalankan tugas, kewajipan dan fungsinya.

Saya tidak bercadang untuk membangkitkan tentang merit pertuduhan tersebut, tetapi apa yang sangat dikesalkan ialah sikap angkuh pentadbir UPM yang berkeras untuk meneruskan perbicaraan tatatertib ke atas pelajar terbabit, meskipun terdapat permintaan daripada daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)supaya prosiding ke atas Lee digantung sementara Suhakam menjalankan penyiasatan terhadap dakwaan berlaku perlanggaran hak asasi manusia oleh pihak UPM.

Seolah-olah ada perkara yang ingin disembunyikan oleh pihak UPM hingga tidak mempertimbangkan langsung permintaan UPM. Sekiranya UPM mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh berkenaan kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Lee, maka apa perlunya perbicaraan tersebut dilakukan secara tergesa-gesa.

Saya percaya ada tekanan politik tertentu dalam kes ini memandangkan pertuduhan ke atas Lee berkait rapat dengan insiden kekecohan menjelang pilihanraya kampus UPM beberapa bulan yang lalu. Tambahan pula Lee merupakan seorang pelajar yang aktif dengan kumpulan yang menentang kumpulan Aspirasi yang propemerintah.

Prosedur perbicaraan ini juga jelas menampakkan perlanggaran hak asasi ke atas pelajar terbabit. Bukan sahaja Lee diserahkan notis yang singkat menjelang perbicaraannya hingga menyukarkan beliau membuat persiapan, bahkan Lee turut dinafikan hak untuk diwakili oleh peguam pilihannya yang mana ini adalah satu perlanggaran terhadap right to counsel yang diperuntukkan oleh Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Sesiapa pun, termasuk pihak berkuasa tatatertib UPM tidak mempunyai hak langsung untuk menafikan mana-mana pelajar yang dituduh di hadapannya dari menggunakan khidmat peguam yang sememangnya dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Saya juga ingin mempertikaikan tentang komposisi pihak berkuasa tatatertib UPM yang membicarakan Lee. Dewan Pemuda PAS sejak dari dahulu lagi telah membangkitkan berkenaan dengan bidangkuasa pihak berkuasa tatatertib di semua IPTA, termasuklah di UPM.

Ini adalah kerana berdasarkan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) dan juga Kaedah Tatatertib Pelajar-Pelajar, kuasa jawatankuasa tatatertib adalah amat luas dengan meliputi kuasa untuk:

1. menyiasat;
2. menjalankan pendakwaan;
3. mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut, dan
4. membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman sekiranya pelajar yang dituduh itu didapati bersalah.

Perkara ini amatlah bertentangan dengan kaedah rules against bias yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semulajadi (rules of natural justice) yang mesti dipatuhi oleh mana-mana adjudicatory body termasuklah mahkamah atau pun mana-mana tribunal dan lembaga tatatertib.

Tidak ada jaminan pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib akan mendapat perbicaraan yang adil oleh kerana komposisi Jawatankuasa Tataterttib tersebut adalah terdiri daripada orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukkan di bawah Auku dan Kaedah Tatatertib.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS telah lama mencadangkan agar peruntukan di dalam Kaedah Tatatertib ini diteliti oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan dipinda supaya kuasa-kuasa yang disebutkan di atas dijalankan oleh pihak yang berbeza bagi menjamin keadilan ke atas pelajar yang dituduh.

Dalam konteks kes di UPM ini, hal ini saya percaya tidak terkecuali dari berlaku. Lee Song Yong dibicarakan oleh jawatankuasa tatatertib yang merupakan pihak yang sama yang akan memberikan keputusan dan menjatuhkan hukuman.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang mendesak supaya UPM membatalkan hukuman ke atas Lee serta segala prosiding berkenaan di antung sehingga segala kecacatan dari segi prosedur diperbetulkan.

Kami juga mendesak Kementerian Pengajian Tinggi supaya segera menjalankan semakan terhadap AUKU dan juga Kaedah Tatatertib Pelajar supaya segala peruntukan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan juga hak asasi manusia dimasukhkan sama sekali.

Kami juga menasihatkan kepada Lee dan juga para pelajar lain yang terlibat supaya segera membawa perkara ini ke mahkamah melalui prosedur Semakan Kehakiman (Judicial Review) atau lain-lain cara yang difikirkan sesuai selepas segala remedi yang terdapat dalam Auku dan Kaedah Tatatertib di puaskan terlebih dahulu.

Hanya ini sahaja cara untuk mengajar pentadbir universiti yang angkuh, sombong dan buta undang-undang.

* Abdullah ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang merangkap Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Harakahdaily 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s