尊重大专生人权 废除大专 HORMATI HAK ASASI MAHASISWA, MANSUHKAN AUKU DAN AKTA 174

Image

25名大专法令及教育机构(纪律)法令底下的受害者

自2014年起,在短短的六个月内,已有多达二十五名大专生遭到各大专学府的纪律委员会提控。这些学生并无犯下任何滔天大罪。他们仅仅是行使了作为马来西亚公民,联邦宪法赋予他们和平集会、结社和言论的自由。

在这25人当中,24人遭到校方援引1971年大专法令(Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971)提控;1人则被控违反1976年教育机构(纪律)法令(Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976)。

2014年4月18日,四名马大生收到校方发出的要求解释信。这是因为他们于4月8日在国会外参与了一场反对橡胶价格下调集会,

2014年4月27日,四名马大生趁着美国总统奥巴马来访马大演讲,高举大字报以抗议埃及判处529人死刑及反对泛太平洋贸易协议(TPPA)。校方于5月9日发出信函,要求学生解释。

2014年2月21日,16名就读于沙大(纳闽分校)的大学生,在校管理层办公室前发动和平集会,以抗议校方关闭有学生经营的商店之决定。校方于5月26日传召涉及学生出席校方主导的内部纪律委员会。至今已有8名学生被警告,并遭逐出宿舍。

2014年4月28日,一名就读于玛拉工艺大学(亚庇分校)的学生,因于面书发表有关消费税(GST)之评论,被校方认为是“不利于校方”的言论。经过内部纪律委员会的审讯,校方认为指控成立,并严厉警告不得再犯。

1971年大专法令与1976年教育机构(纪律)法令——让学生噤声的武器

我们相信,很多人都问:政府不是已经于2012年修改大专法令,以允许学自由参政了吗?

遗憾的是,事实并非如想象中美好。大专生在校内,乃至校外,仍然受到校方所定制的纪律条规所捆绑。我们一直坚信,仅仅修改第15条文是不足够的。虽然1971年大专法令里并无具体钳制学生的条文,乍看之下政府似乎已经对大专生松绑了,但大专法令第16C条文仍然给予校方绝对的权力来制定纪律条规,而校方利用法令赋予的权力,制定了一套极其严峻且荒谬的纪律条规。

相较于大专法令,《1976年教育机构(纪律)法令》对很多人都比较陌生。该法令管制国立大学以外的教育机构,例如玛拉工艺大学、师训学院、国立大学预科学院 (Kolej Matrikulasi)、社区学院(Kolej Komuniti)和理工学院(Politeknik)。

虽然如此,该法令和大专法令的操作如出一辙。不同的是,《1976年教育机构(纪律)法令》清楚地在第二列表项(Jadual Kedua)列出了26项纪律条规,所有受管制的教育机构都必须采用这一套纪律条规。

值得一提的是,经过我们的调查发现,虽然国立大学不受1976年教育机构(纪律)法令所管制,但几乎所有国立大学都一字不漏地采用了该法令所制定的纪律条规。

这当中有数项条规已经明显地侵犯了联邦宪法(第十条文)赋予学生作为公民应享有的言论、结社与和平集会之权利。不幸的是,大专法令和教育机构(纪律)法令无法有效地阻止校方侵犯属于学生的宪赋权利。这也对马来西亚作为世界人权宣言的签署国极其讽刺。

另外,上诉庭已在最近宣判2012年和平集会法令违宪。这个判决是具有指标性的。我们不清楚校方是否知道有关判决,或是故意不采取任何行动。校方不仅没有废除相关的纪律条规,还继续打压学生,校方面对学生是如此地没有自信,这是令人感到震惊的。

尊重大专生的人权 废除大专法令

为了推动政府废除大专法令及教育机构(纪律)法令,通过呈交备忘录于马来西亚人权委员会(SUHAKAM),我们要求:

1. 马来亚大学中止即将针对有关8名学生的内部审讯。
2. 马来西亚沙巴大学撤销对所有16名学生的指控,收回警告,并取消把学生逐出宿舍的惩罚。
3. 玛拉工艺大学(亚庇分校)撤销对莫哈默法迪喜的指控,并收回警告。
4. 马来西亚人权委员会(SUHAKAM)成立一个特别委员会,以检讨有关纪律条规和联邦宪法与人权精神的相容性,并就此课题公开表态。
5. 政府立刻废除1971年大专法令及1976年教育机构(纪律)法令,回归校园民主、学生自治之理念。

我们希望这些诉求能得到有关当局的正视。

同时,我们正在咨询律师的意见,并不排除再次通过法庭程序,继续废除大专法令及教育机构(纪律)法令的斗争。我们将会用尽所有可能的方法,以阻止任何由这些法令带来的钳制与打压。

我们也深知,还有很多大专生并不了解大专法令与教育机构(纪律)法令对他们的影响。因此,我们也将同所有校园内的学生组织展开紧密合作,在校园内进行宣传,以让更多大专生了解这个应当属于所有大专生共同的斗争。

 

Berhimpun Dan Bersuara, 25 Mahasiswa Jadi Mangsa Auku Dan Akta 174.

Sepanjang enam bulan dalam tahun 2014, 25 orang mahasiswa sudah dikenakan tindakan prosiding tatatertib oleh pihak Universiti masing-masing. Rata-rata mahasiswa yang dikenakan prosiding ini hanya mempraktikkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang dijamin dalam Perlembagaan Persukutuan iaitu hak untuk berhimpun secara aman, hak untuk bersuara dan hak untuk beraktiviti dan berorganisasi.

Daripada 25 mahasiswa tersebut, 24 orang dituduh di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (Auku) iaitu akta yang mengawal seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Manakala seorang lagi di tuduh di bawah Akta Institusi-Institusi Pelajaran 1976 (Akta 174) iaitu akta yang mengawal Universiti Teknologi Mara (UITM), Kolej Matrikulasi, Institusi Pendidikan Guru (IPG), Kolej Komuniti , dan Politeknik.

Pada 18 April 2014, empat orang mahasiswa Universiti Malaya yang dikenakan surat tunjuk sebab kerana menyertai pehimpunan membantah penurunan harga getah di hadapan parlimen pada 8 April 2014.

Kemudian pada 9 Mei 2014, empat orang lagi mahasiswa Universiti Malaya yang dikenakan surat tunjuk sebab kerana mengangkat sepanduk membantah TPPA dan hukuman mati di Mesir semasa Presiden Obama berucap dalam Dewan Tunku Canselor UM pada 27 April 2014.

Tidak cukup dengan itu, pada 26 Mei 2014, giliran 16 mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pula dikenakan prosiding tatatertib kerana mengadakan perhimpunan membantah tindakan pihak pentadbiran yang menarik semula sebuah premis kedai dalam kampus yang sudah diuruskan mahasiswa selama 6 tahun.

Pada 28 April 2014, seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara Cawangan Kota Kinabalu (UITM KK) dikenakan 11 pertuduhan di bawah Akta 174 dan dibawa ke prosiding tatatertib oleh pihak pentadbiran UITM kerana beliau sering membuat kenyataan terbuka di laman sosial sosial facebook yang dianggap menggugat kepentingan UITM. Antara kenyataan beliau yang dianggap menggugat kepentingan UITM itu termasuklah kenyataan beliau yang mengecam Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan pada tahun 2015. 

Pindaan Auku 2012, Tidak Cukup Untuk Membebaskan Mahasiswa.

GMMA/174 percaya semestinya ramai pihak yang bertanya, bukankah Auku telah dipinda dan mahasiswa sudah bebas berpolitik?. Maka inilah hakikat yang sedang dihadapi oleh aktivis mahasiswa. Mulut, tangan dan kaki mahasiswa masih dirantai oleh peraturan-peraturan konservatif pihak Universiti.

Pindaan Auku 2012 masih tidak cukup untuk membebaskan mahasiswa daripada undang-undang restriktif pihak Universiti. Biarpun peruntukan paling konservatif dalam Auku sudah dimansuhkan iaitu sekatan terhadap mahasiswa berpolitik dalam Seksyen 15, tetapi masih ada peruntukan lain yang memberi absolute power kepada pihak Pengurusan Universiti untuk membuat Kaedah-kaedah tatatertib sendiri. Sememangnya di dalam Auku sendiri tidak akan ditemui peruntukan yang mengekang aktivisma mahasiswa secara jelas, tetapi Auku memberi kuasa kepada pihak Universiti untuk membuat regulasi tatatertib seperti yang terkandung dalam Seksyen 16C (1). Kuasa inilah membuka ruang untuk Kaedah-kaedah Tatatertib itu dibuat secara prejudis terhadap mahasiswa.

Begitu juga dengan Akta Institusi-institusi Pelajaran 1976 (Akta 174) yang kurang popular berbanding Auku. Tetapi Akta inilah yang selama ini berjaya mendiamkan aktivis mahasiswa daripada Uitm dan juga menakut-nakutkan penuntut Institusi Pendidikan Guru. Berbeza dengan Auku, Akta 174 secara terang-terangan mengandungi peruntukan yang drakonian seperti yang terkandung dalam Jadual Kedua akta berkenaan. Jadual kedua ini mengandungi 26 jenis-jenis kesalahan tatatertib termasuk beberapa sekyen yang menghalang hak asasi mahasiswa seperti hak untuk berhimpun secara aman, hak untuk berekspresi dan hak untuk bebas berorganisasi.

Hasil penelitian pihak GMMA/174, terdapat beberapa buah universiti seperti Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggunakan Jadual Kedua, Akta 174 untuk membuat Kaedah-kaedah Tatatertib dengan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 16C (1) Auku.

Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah Auku dan Akta 174 ini jelas bertentangan dengan Fundamental Rights yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu setiap rakyat Malaysia memiliki hak untuk bebas berhimpun secara aman, bebas bersuara dan bebas untuk berorganisasi. Tetapi Auku dan Akta 174 seolah-olah memberi kuasa kepada pihak pengurusan Universiti untuk mencabuli hak ini.

Auku dan Akta 174 juga menjadi barah yang menyebabkan pihak pegurusan Universiti membuat regulasi yang mencabuli prinsip-prinsip hak asasi manusia seperti yang terkandung di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) 1948 yang turut dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia.

GMMA/174 tidak pasti samada pihak Pengurusan Universiti tidak tahu atau sengaja untuk tidak ambil tahu mengenai regulasi Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman sebagai tidak sah kerana mencanggahi Perlembagaan Persekutuan. Keputusan Mahkamah Rayuan ini menunjukkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman terbatal kerana bersifat Ultra Vires dengan Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu sangat menghairankan bagaimana pihak pengurusan universiti bukan sahaja tidak mahu memansuhkan Kaedah-kaedah tatatertib drakonian, bahkan masih menggunakannya ke atas mahasiswa.

Mansuhkan Auku dan Akta 174 Demi Hak Asasi Mahasiswa.

Atas kesedaran dan semangat ingin membebaskan mahasiswa daripada belengu Auku dan Akta 174, hari ini GMMA/174 telah menyerahkan satu memorandum kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menuntut perkara berikut:-

1. Pihak pengurusan Universiti Malaya (Um) perlu menggugurkan segala pertuduhan dan menghentikan segala prosiding tatatertib terhadap lapan mahasiswa UM.

2. Pihak pengurusan Universiti Malaysia Sabah (Ums) perlu menarik balik hukuman amaran dan buang kolej terhadap lapan mahasiswa Ums (kampus antarabangsa labuan) dan membatalkan pertuduhan serta prosiding tatatertib terhadap 8 mahasiswa yang lain.

3. Pihak pengurusan Teknologi Mara Cawangan Kota Kinabalu (Uitm Kk) perlu membatalkan pertuduhan dan menarik semula hukuman amaran yang dikenakan terhadap seorang mahasiswa Uitm Kk, Mohd Fathihie Daimin.

4. Pihak Suhakam perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyemak semula kaedah-kaedah tatatertib yang digunapakai oleh universiti-universiti dan mengeluarkan pendirian rasmi samada kaedah-kaedah tatatertib tersebut patuh atau mencabuli hak asasi manusia.

5. Kerajaan Malaysia perlu segera memansuhkan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (Auku) dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran 1976 (Akta 174) dan kembalikan autonomi universiti.

GMMA/174 berharap tuntutan yang dikemukakan ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak bertanggungjawab.

Untuk tindakan selanjutnya, pihak GMMA/174 sedang menjalankan perbincangan dengan pihak peguam berhubung kemungkinan membawa perjuangan menentang Auku dan Akta 174 ini ke mahkamah. GMMA/174 akan berusaha menggunakan segenab cara bagi menghentikan penindasan terhadap mahasiswa akibat Auku dan Akta 174.

GMMA/174 juga dengan kerjasama semua front mahasiswa akan mengadakan Roadshow Campus bagi menerangkan kepada mahasiswa mengenai perjuangan memansuhkan Auku dan Akta 174. Hal ini kerana GMMA/174 akui masih ramai mahasiswa di luar sana yang masih tidak jelas mengapa Auku dan Akta 174 perlu dimansuhkan.

 

备忘录  Memorandum

Memorandum Mansuhkan Auku & Akta 174 – 5 Jun 14

Memorandum Mansuhkan Auku dan Akta 174 (Versi BC)

Leave a comment