Tahun Perubahan Politik Negara Kemboja 改变柬埔寨政治局势的黄金时刻

Image

From :YPSEA Aok Sam Eath (SAM)

 

Sam ialah rakan seperjuangan DEMA , beliau sekarang memegang jawatan sebagai koordinator  Gerakan Belia Progresif Asia Tenggara (YPSEA) di Kemboja. Pada tahun 2013 , beliau dilantik menjadi Pemerhati Hak Asasi Manusia dan membuat pemantauan dalam proses pilihanraya Kemboja

Menurut Laporan Dasar Pembangunan Belia Kemboja (NPCYD), Kemboja mempunyai  seramai 15 juta penduduk , terdapat 33% daripada penduduk adalah golongan belia ( bawah 30 tahun). Sebelum ini, golongan belia dan anak muda sering dihantui dengan “keganasan putih” politik Kemboja ; Hari ini, mereka telah bertindak positif dalam penglibatan politik Negara.

Pada 15hb-17hb September 2013 , kita mendapati bahawa lebih 80,000 orang hadir ke demonstrasi di Phnom Penh , Kemboja. Pada 23hb -25hb  ​​Oktober, terdapat juga 100,000 orang mengambil bahagian dalam demonstrasi dan kebanyakan terdiri daripada golongan belia. Semua rakyat berkumpul di  “Freedom Park” untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemerintah kerajaan. Sesetengah rakyat juga bermalam di tempat tersebut selama tiga hari. Fenomena ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Kembojasebelum ini . Walaupun terdapat gangguan daripada pihak polis dan kerajaan , mereka masih mengambil bahagian dalam demonstrasi ini.

Golongan anak muda ini protes di sekitar ibu kota Phnom Penh . Mereka kritik kerajaan secara terbuka dan mendesak pemerintah Hun Sen untuk letak jawatan. Ramai orang juga memula perbincangan politik Negara melalui Facebook . Hal ini menggalakkan penyebaran mesej yang lebih luas sehingga ramai orang memahami isu-isu yang berlaku di negara .

Sekarang , golongan muda ini lebih memahami tentang proses demokrasi. Mereka dapat menuntut hak-hak mereka melalui pegawai atau wakil rakyat yang berkenaan. Mereka juga berani menegak keadilan , menuduh pegawai yang terlibat dalam jenayah walaupun pegawai itu berpangkat tinggi. Sebagai contohnya: pihak pembangkang Kemboja , Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) memulakan satu siri demonstrasi yang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Hun Sen, khususnya mengutuk Suruhanjaya Pilihan Raya (NEC) yang membuat undian palsu dan menjadi boneka Parti Pemerintah , Parti Rakyat Kemboja (CPP) .

Dengan peningkatan kesedaran sivik,  “kempen mengundi” di Negara juga mendapat sambutan hangat . Terdapat berjuta-juta rakyat, terutamanya anak muda keluar mengundi pada hari pengundian 28hb Julai 2013.

Kemboja mempunyai sebanyak 123 kerusi Parlimen . Walaupun Parti Rakyat menang majoriti dan kekal sebagai kerajaan, parti pemerintah ini telah kali pertama hilang 22 kerusi daripada 90 kerusi yang ditandingkan. Mereka hanya mendapat 68 kerusi dengan undian jumlah 48.79%; Manakala pihak pembangkang, Parti Penyelamat Nasional bertambah dari 29 kerusi kepada 55 kerusi dengan jumlah undian 44.45%.

Kuasa monopoli parti pemerintah dapat dihadkan dengan peningkatan kuasa pembangkang. Insiden ini jelas memberitahu rakyat Kemboja bahawa kuasa rakyat boleh membawa perubahan, jadi orang muda perlu bergiat lebih aktif dalam gerakan reformasi.

Apabila terdapat penipuan dalam pilihan raya, rakyat turun berdemonstrasi pada 23hb-25hb Oktober. Dalam tiga hari berturut-turut ini , 2 juta rakyat telah menandatangani petisyen dan hantar ke Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu di Kemboja, Pejabat Kedutaan Francis, Jepun, Amerika Syarikat, China, India, United Kingdom dan Australia . Hal ini adalah menuntut pilihan raya Kemboja ke-5 yang bersih dan adil . Rakyat juga menuntut pelaksanaan “Perjanjian Keamanan Paris 1991” yang melindungi hak asasi manusia , memastikan pelaksanaan perlembagaan di Kemboja berdasarkan prinsip demokrasi, kebebasan dan sistem multi-parti.

Perubahan politik yang berlaku di Kemboja pada 2013 merupakan fenomena yang tidak pernah wujud sejak kejatuhan rejim Pol Pot pada1979.

Dalam tempoh ini, negara Kemboja telah wujud lebih kurang 1300 badan bukan kerajaan yang (NGO) yang aktif termasuk Pusat Rakyat Keamanan dan Pembangunan (PDP) dan Gerakan Belia Progresif Asia Tenggara (YPSEA). Pertubuhan-pertubuhan ini selalu mengadakan latihan berasaskan komuniti, forum, bengkel, mesyuarat meja bulat, dan aktiviti sosial di seluruh Negara. Hal ini adalah untuk melatih lebih banyak aktivis belia yang aktif dalam pembangunan Negara.

Akhir sekali, saya berharap pada masa akan datang,  lebih ramai golongan muda akan mengambil bahagian dalam pembangunan politik negara, khususnya meningkatkan status hak asasi manusia dan demokrasi tempatan supaya Kemboja dapat menuju ke negara maju.

Juga diterbit dalam DEMA press

Mac, 2014: Anti Higher Education PIratization (malay version)

 

文:东南亚青年前进联盟柬埔寨协调员 Aok Sam Eath   翻译:王佳骏

根据柬埔寨国家青年发展政策报告(NPCYD)指出,在柬埔寨约1千5百万人口里,有超过33%人口是青年(30岁以下)。以前,这些年轻人常常被笼罩在政治白色恐怖底下;如今,他们已积极行动,推动民选官员以改善政治局势与国家机制。

从2013年9月15日至17日举行的示威游行 ,我们可以看到当时约有8万人参加。至于10月23日至25日的大型示威也估计有10万多人参与,而且主要的参与者是青年。这些群众来自24个不同的省份,并聚集在“自由广场”,表达对政府的不满。一些示威者也决定在那儿睡了三个晚上,这样的事件是在柬埔寨历史上从未发生过的。即使政府频频打压,警方在各地设下路障,他们也毫不犹豫地参加这示威游行。

这些青年带着强烈的正义感走在首都金边的街头,公开向洪森政府呛声,也通过各种管道如电台和面子书施压洪森政府下台。许多人也通过面子书,开始了对国家政治的讨论,促使了讯息更广泛地传达,让小市民更了解国家所发生的问题,例如土地掠夺,非法征地,官商勾结等。

比起以前,现在的年轻人已清楚知道如何通过民主程序,向有关的官员或人民代表争取他们的权益。他们勇于站出来反对那些腐败的官员,公开向这些犯罪的高官抗议呛声。例如:由柬埔寨反对派的救国党(CNRP)所发起的一系列示威都在强烈批评洪森首相的领导,尤其是针对国家选举委员会(NEC),严谴这个选委会成为傀儡,变成伪造柬埔寨人民党(CPP)选票的工具。

随着公民醒觉的增长,国内举办的“投票运动”也获得百万人民响应,在7月28 日,也就是第五届全国大选投票日当天得到大量青年踊跃参与投票。柬埔寨共有123个国会议席,选举成绩公布当天,人民党虽然胜出执政,但这却是20年来人民党第一次失去22个议席,从90 席减至68 席,得票率為48.79% ;反對派救国党的议席却是增加了,从29 席激增至55 席,得票率為44.45%,主要的城市地区成了支持反对党的地方,而农村地区维持了原来的支持执政党的状况。垄断权力几十年的执政党面对首次重挫,反对派的势力大增,这样的情景彷佛在告诉着柬埔寨人民,人民力量的改变不是不可能的,所以青年要更加踊跃参与改革运动。

当发现选举舞弊后,大约有2万名反对派支持者参与10月23与25日在金边举行的示威,支持调查涉嫌的涂改选票和大量剥夺选民投票权等的诈骗行为。在这连续三天三夜的示威期间,除了有民众集会、领导人演讲、文艺演出外,还有组织游行,将拥有200万人签名的《请愿书》提交到联合国人权驻柬办事处法国、日本、美国、中国、印度、英国和澳洲等国家的大使馆,要求为第五届国会选举的选民讨回公道,以及全面执行1991年《巴黎和平协定》,保障柬埔寨的人权和宪法规定的民主、自由、多党制度。

人民可以迅速揭发舞弊,是因为这期间柬埔寨出现了一些选举观察的组织,如柬埔寨自由和公正选举中立委员会(NICFEC)和柬埔寨自由与公平选举组织(COMFREL)。这些组织平时做些选区研究和培训工作,选举的时候就负责做全国选区监督工作。柬埔寨共有近两万个投票站,想要在选举的时候覆盖所有的投票站进行观察是几乎不可能的,因此这些组织在选举时候需要更多人民来结合其他团体与社运组织,培训更多青年去全国各地进行观察。有了更多人民的监督与更强大的知识系统,才能保障国家的选举能够走向更加公平和自由。

2013年柬埔寨政治局势的巨大改变,是自1979年波布( Pol Pot) 政权倒台以后所没见过的现象。国内也有超过 1千300个活跃的非政府组织,其中包括人民和平发展中心(PDP)与东南亚前进青年联盟(YPSEA)。这些组织主要在国内举办多项社区培训,论坛,工作坊,圆桌会谈,基层工作等,培养了许多有干劲的青年。

作为总结,国民的醒觉让柬埔寨逐渐迈向政治成熟的阶段,民主发展趋势也慢慢和国际接轨。在未来的几年国内可能会出现新的民主发展潮流,要求变化的思潮,例如在选举中,反对党“变”的口号就得到了许多年轻人的支持。最后,希望越来越多青年在未来参与国家建设,改善国内人权和民主现状,让国家更进步。

 

本文同时刊登学运报

Mac, 2014: Anti Higher Education PIratization (chinese version)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s