10 Q&A KENAPA PERLU PENDIDIKAN PERCUMA?

1.  Kenapa pendidikan perlu diberi percuma?

Perlembagaan Malaysia Perkara 12, Perlembagaan Rakyat 1947 Seksyen 15 dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948 Perkara 26 menyatakan setiap rakyat mempunyai hak untuk mendapat pendidikan. Hari ini pendidikan sudah menjadi satu perniagaan dan hanya golongan yang mampu dan mempunyai duit sahaja dapat menikmatinya. Sedangkan daripada 28 juta rakyat Malaysia,  40% iaitu 11 juta rakyat masih berpendapatan dibawah RM1500 sebulan. Ini menunjukkan kebanyakkan rakyat Malaysia masih miskin dan terdapat pelajar-pelajar yang tidak mampu ke sekolah kerana kemiskinan. Tidak ada pendidikan percuma di sekolah rendah seperti yang diwar-warkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam bajet 2008. Di sekolah rendah pelajar masih dikenakan yuran tambahan yang mencecah RM100-200 untuk seorang pelajar. Lagi menyedihkan yuran bagi pelajar-pelajar tadika adalah RM300-400 setahun dan belum dicampur dengan yuran bulanan.  Oleh itu  pendidikan perlu diberi percuma dan tidak seorang pun menjadi mangsa kerakusan sistem kapitalis yang memperniagakan pendidikan! Pendidikan adalah hak rakyat dan bukan komoditi.

 2.  Jika memberi pendidikan percuma, adakah negara akan bankrup?

Di dunia hari ini, banyak negara yang menawarkan pendidikan percuma dari tadika hingga Universiti Ijazah Pertama. Terdapat juga negara yang memberi pendidikan percuma sehingga PHD dan untuk pelajar luar negara. Lebih mengagumkan terdapat negara yang memberi pendidikan  percuma lebih 30, 40 tahun. Pendapatan negara-negara tersebut juga lebih rendah daripada Malaysia jika dibandingkan berdasarkan purata populasi penduduk. Contoh beberapa negara yang memberi pendidikan percuma seperti di Jadual 1:

PENDIDIKAN PERCUMA

NEGARA

POPULASI

(JUTA)

PENDAPATAN GDP

(BILLION)

KADAR ILITRASI

(%)

Norway

5

483

100

Cuba

11

68

99.8

Finland

5.4

266

99

Denmark

5.5

333

99

Argentina

41

474

97.2

Turkey

75

774

94.1

Venezuela

29

374

93

Libya

5

79

89.2

Brazil

193

2.493 Trillion

88.6

TIADA PENDIDIKAN PERCUMA

Indonesia

237

928

92.8

Filipina

92

240

92.6

Malaysia

28

307

92.1

Jadual 1

Ramai yang suka memberi alasan bahawa jika memberi pendidikan percuma negara akan bankrup. Ini satu pernyataan yang tidak benar. Kerana sudah terbukti negara-negara yang memberi pendidikan percuma lebih 30,40 tahun hingga kini masih maju dan tidak bankrup. Ekonomi negara tersebut juga masih stabil dan ada yang bertambah baik.

3.  Sebenarnya siapa yang akan bankrup/rugi jika kerajaan memberi pendidikan percuma?

download (2)

Jawapannya mudah sahaja, ahli-ahli politik dan badan korporat. Sebagai contoh Jadual 2   menunjukkan majoriti IPTS hari ini dipimpin oleh ahli-ahli politik dan orang-orang korporat. Kebanyakkan IPTS tersebut juga menerima pembiayaan tertinggi  tabung PTPTN.
Jadual 2

IPTS

PENAUNG

PEMBIYAAN PTPTN/2009

Masterskills (MUCH)

Anak Sultan Perak Datuk Seri Raja Azureen & Adik Dato Najib, Datuk Mohamed Nazim

RM 145.5 JUTA

Kolej Universiti SEGI

Dato Megat Najmuddin

RM 86.1 JUTA

UTAR

MCA

RM 68.8 JUTA

UNITAR

Dato’ Seri Najib Razak

RM 43.4 JUTA

Selain itu, kini IPTS tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Majoriti yang ditubuhkan semata-mata untuk mengaut keuntungan. Sebagai contoh seramai 37592 pelajar sedang menuntut di kolej kejururawatan IPTS  buat masa kini. Kos pengajian Diploma Kejururawatan adahlah RM50-60ribu bagi seorang pelajar Setiap tahun sebanyak 12,000 pelajar tamat pengajian dalam bidang kejururawatan. Tetapi di pasaran hanya menawarkan 2000 peluang pekerjaan.. Apa akan terjadi pada baki 10ribu graduan yang tiada pekerjaan. Kenapa keadaan ini berlaku? Mengapakah kerajaan  meluluskan pinjaman PTPTN berjuta ringgit kepada IPTS jika sudah tahu di pasaran hanya memerlukan 2000 jururawat sahaja setiap tahun? Jika kita lihat, lebih kurang RM 25,000 diperolehi oleh kolej kejururawatan sebagai untung bersih dan keuntungan keseluruhan adalah seperti dibawah:

UNTUNG KOLEJ KEJURURAWATAN SWASTAimages (3)

37,592/3 X25,000 >> RM313.3 JUTA SETAHUN

Oleh itu, kolej-kolej swasta berlumba-lumba untuk mendapatkan seramai pelajar yang boleh. Ada kolej yang melakukan 3 kali pengambilan setahun, walaupun tidak cukup credit dalam sains dan matematik, tiada tempat untuk latihan pratikal dan sebagainya. Bagaimana pula untuk kursus-kursus yang lain. Berapakah keuntungan yang masuk ke kocek korporat. Siapa yang untung? Pihak yang memiliki institusi atau penuntut institusi?

4. Jika memberi pendidikan percuma, adakah kualiti pendidikan akan jatuh?

Tidak sama sekali, jika kita menilai dalam Jadual 1, kadar ilitrasi negara-negara yang memberi pendidikan percuma jauh lebih baik dan tangga teratas berbanding dengan negara Malaysia yang tidak memberi pendidikan percuma. Lebih memalukan apabila kadar ilitrasi negara kita lebih rendah daripada negara jiran kita yang lebih miskin seperti Filipina dan Indonesia. Ini satu perkara yang sangat serius dan setiap rakyat perlu renung bersama, Bagaimana negara yang mmberi pendidikan percuma mempunyai kualiti pendidikan yang sangat baik dan sebaliknya. Selain itu, 20 tahun sebelum ini kualiti pendidikan negara kita lebih baik berbanding sekarang.Bagaimana? Dulu tiada IPTS seperti kini yang bagai cendawan. Semakin banyak IPTS ditubuhkan semakin rendah kualiti pendidikan dimana sesiapa sahaja boleh belajar di IPTS asalkan ada duit walaupun keputusan akademik sangat lemah dengan hanya 2,3 kredit. Ini merupakan salah satu sebab kenapa kualiti pendidikan negara kita sedang merosot, kerana motif utama IPTS adalah mengaut keuntungan.

5. Jika memberi pendidikan percuma, adakah pelajar akan jadi malas?

download

Juga satu alasan yang tidak boleh diterima. Sebagai contoh, negara Cuba memberi pendidikan percuma

lebih 40 tahun kepada rakyatnya dari tadika hingga Universiti Ijazah pertama. Setiap tahun Cuba melahirkan beribu-ribu pakar doktor terbaik di dunia, saintis ekologi terbaik dan agriculture terbaik di dunia. Bagaimana negara yang memberi pendidikan percuma mampu melahirkan graduan-graduan terbaik di dunia, sedangkan negara kita pelajar terpaksa membayar beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan pendidikan masih ketinggalan jauh di belakang? Selain itu, sistem pendidikan hari ini juga menjadikan pelajar sebagai robot, belajar hanya untuk lulus dalam peperiksaan dan mendapat kerja yang baik. Ini menyebabkan pelajar hilang sifat kemanusian dan menjadi lebih individualistik. Ini lagi satu perkara yang perlu diambil serius kerana pelajar hari ini adalah pemimpin masa depan negara. Jika tidak diatasi negara akan kehilangan pemimpin-pemimpin muda yang lantang bersuara, berfikiran kritis dan intelektual pada masa akan datang

6. Adakah pendidikan percuma untuk semua pelajar atau pelajar yang terpilih?

imagesPendidikan percuma untuk semua pelajar tidak kira kaya, miskin, agama dan status. Semua pelajar di   Malaysia harus mendapat  peluang untuk berpendidikan dan pendidikan tersebut haruslah percuma. Ramai yang tertanya-tanya adakah adil memberi pendidikan percuma kepada golongan kaya/korporat, sedangkan mereka mempunyai duit dan mampu membiayai sendiri? Jawapannya mudah, sumber kewangan bagi negara-negara yang memberi pendidikan percuma adalah daripada kutipan cukai dan sumber hasil negara. Kutipan cukai korporat dan cukai pendapatan bagi golongan kaya di negara-negara tersebut lebih tinggi iaitu 30-40 % dan hasil kutipan cukai itu akan disalurkan untuk tabung pendidikan percuma. Maka, ia adalah  adil bagi golongan kaya dan anak-anak mereka turut mendapat pendidikan percuma kerana mereka menyumbang 1/3 daripada pendapatan mereka untuk pendidikan negara. Malah dalam realiti majoriti golongan kaya menghantar anak-anak mereka belajar di luar negara dan IPTS bertaraf tinggi, walaupun diberi percuma. Maka pendidikan percuma adalah penting dan releven kepada 90% rakyat yang masih berpendapat rendah dan tidak mampu. Jika dibandingkan di negara kita Cukai Korporat hanya 25% dan golongan kaya hanya membayar cukai pendapatan yang sangat rendah.  Ini menyebabkan kekayaan mereka tidak disumbang untuk kebajikan negara. Dunia hari ini 1% golongan kaya menikmati 99% keuntungan ekonomi dunia. Jarak antara kaya dan miskin semakin meningkat dan kaya semakin kaya dan miskin semakin miskin.

7. Bagaimana dengan pinjaman PTPTN dan perbelanjaan pelajar, jika memberi pendidikan percuma?

images (1)

PTPTN ditubuhkan pada tahun 1997. Sehingga November 2011 seramai RM1.87juta pelajar telah mendapat pinjaman PTPTN yang membabitkan peruntukkan sebanyak RM41.60 billion. Secara puratanya peruntukan untuk satu tahun adalah RM2.7 billion. Perbelanjaan Kerajaan persekutuan untuk satu tahun adalah lebih RM200bilion. Statistik menunjukkan dengan adanya RM5-6 bilion setiap tahun kerajaan mampu memberi pendidikan percuma dari tadika hingga Universiti Ijazah pertama. Jika kerajaan memperuntukan RM10bilion setiap tahun untuk pendidikan, negara mampu memberi satu sistem pendidikan percuma yang berkualiti berserta dengan makanan dan penggangkutan percuma kepada semua pelajar. Oleh itu kerajaan perlu miliknegarakan Tabung PTPTN. Maka selepas pendidikan percuma tidak akan ada kos pengajian yang ditangguh oleh pelajar, malah ia akan dibiayai oleh kerajaan. Tabung PTPTN pula akan kekal dan dijadikan sebagai tabung biasiswa untuk pelajar. Maka pelajar akan menerima bantuan kewangan daripada PTPTN tetapi bukan lagi sebagai pinjaman yang mempunyai faedah, malah sebagai biasiswa saradiri yang tidak perlu dibayar balik.

8. Bagaimana dengan pelajar-pelajar di IPTS?

images (2)Sebagai langkah pertama kerajaan perlu membekukan pembinaan IPTS baru, kerana hari ini IPTS bagai cendawan selepas hujan dan lebih bermotif untuk merompak duit rakyat dan menjual pendidikan. Daripada IPTS yang sedia ada, kerajaan perlu memilih IPTS yang terbaik dan dijadikan sebagai IPTA mengikut keperluan dan jumlah pelajar yang akan menlanjutkan pengajian tinggi. Kerajaan juga perlu mengubah sistem pendidikan hari ini dan mempelbagaikan IPTA teknikal dan vokasional supaya pelajar-pelajar dapat melanjutkan pelajaran mengikut minat mereka dan bukan lagi merubut-rebut memilih sesuatu jurusan mengikut pasaran yang menawarkan gaji lumayan. Kualiti dan taraf pendidikan di semua IPTA perlu dinaiktaraf dan diselaraskan. Jika kualiti di IPTA sangat bagus, lama-kelamaan baki IPTS yang masih ada akan tertutup sendiri, kerana rakyat boleh mendapat pendidikan percuma yang berkualiti di IPTA dan bukan lagi IPTS yang bermotif keuntungan. Sistem pendidikan yang baik akan melahirkan mahasiswa yang berjiwa rakyat dan cinta kepada negara. Pelajar perlu menghayati ilmu yang dipelajari dan menggunakannya untuk pembanggunan negara, bukan belajar hanya untuk mendapat pekerjaan bergaji tinggi dan berhidup mewah.

9. Bagaimana kerajaan boleh mendapat dana kewangan untuk memberi pendidikan prcuma?download (3)

Negara Malaysia kaya dengan hasil bumi seperti Petroleum dan kelapa sawit. Jadual 3 menunjukkan anggaran sumber pendapatan negara. Setiap tahun jumlah pendapatan negara RM300-400billion. Ia belum campur dengan pembaziran duit rakyat, seperti laporan Audit negara sendiri menyatakan korupsi/rasuah satu tahun mencecah lebih RM20-30billion. Ditambah dengan pembaziran pembinaan dan pembelian seperti Kapal Selam yang tak boleh selam, Kapal Jet yang tak boleh terbang kerana enjin hilang, pembinaan menara 100tingkat, Istana negara dan dll. Tetapi untuk memberi pendidikan percuma dari tadika hingga universiti kerajaan hanya memerlukan dibawah RM10 bilion setiap tahun dan negara kita memang mampu dan mempunyai dana yang cukup untuk memberi pendidikan percuma.

SUMBER PENDAPATAN NEGARA

JUMLAH

Cukai Pendapatan

RM120 Bilion

Cukai Petronas

RM80 Bilion

Pendapatan Petroleum

RM140 Bilion

Kelapa Sawit

RM80 Bilion

RM420 BILION

Jadual 3

10. Adakah anda setuju pendidikan perlu diberi percuma?

PENDIDIKAN PERCUMA HAK RAKYAT!

FIKIRKAN  SENDIRI UNTUK MASA DEPAN ANAK-ANAK DAN CUCU-CICIT KITA.

SALAM PERJUANGAN!!!

download (4)Dikeluarkan oleh:

GERAKAN MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA (GMPP)

FB: GMPP       Email: penamerah@gmail.com

Bawani ks (0169008202), Seng (0164045348), Karti (0194625924)

Alamat: 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s