Deklarasi Mahasiswa (Kedua) 学运大选宣言(二)

Deklarasi Mahasiswa : Versi Bahasa Melayu & Bahasa Cina 学运宣言: 国语和华语版本

juiohvhjfgj

2. Meningkatkan Taraf Kehidupan Rakyat

2.1 Menambah baik sistem pengangkutan awam

Kerajaan perlu merancang satu sistem pengangkutan awam yang berkesan seperti menambah baik perkhidmatan dan kekerapan kereta api aliran ringan (LRT), kereta api komuter dan bas, perancangan semula jalan raya dalam kawasan bandar, mengukuhkan pertukaran antara aliran bas dengan aliran kereta api, mengurangkan tempoh masa menunggu, meningkatkan pengurusan keselamatan pengangkutan awam dan memperbaiki keadaan sistem pengangkutan awam yang sedia ada untuk memudahkan kehidupan harian rakyat Malaysia.

2.2 Membantah pencemaran alam sekitar, ketelusan dalam segala keputusan yang melibatkan isu alam sekitar, membuat keputusan bersama dalam isu alam sekitar.

Isu alam sekitar adalah salah satu topik hangat yang sentiasa diambil perhatian oleh rakyat dan pelbagai isu alam sekitar telah berlaku dalam Malaysia. Dari isu kabel elektrik voltan tinggi di Rawang, empangan air Bakun di Sarawak, isu bahan kimia Cyanide di Bukit Koman, kilang nadir bumi di Kuantan sehingga isu kilang petrokimia di Pengerang menunjukkan kerajaan sanggup mengorbankan kesihatan rakyat demi mendapatkan manfaat. Mereka tidak berunding dengan rakyat semasa membuat keputusan dan ini adalah satu polisi yang tidak telus dan tidak demokratik. Contohnya kilang nadir bumi Lynas di Kuantan, syarikat Lynas dan kerajaan BN hanya mendengar pendapat rakyat Kuantan selepas membuat keputusan dan kilang dibina tanpa mendengar suara rakyat dengan ikhlas.

Selain itu, kerajaan telah mengambil milik Jalan Sultan tanpa kebenaran pemilik tanah dan penduduk. Kami percaya keadaan pada hari ini tidak akan berlaku jika isu-isu tersebut dirunding secara demokratik dan telus, ini kerana pembuat dasar tidak sedar terhadap perubahan persekitaran umum. Dalam era demokrasi, semua keputusan yang menjejaskan rakyat hendaklah membuat rundingan untuk memperolehi pendapat dari penduduk terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat bagi menggalakkan rakyat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan. Selain itu, dalam isu alam sekitar, perlindungan alam sekitar dan pendapat rakyat perlu diberi keutamaan, dan pembangunan yang mampan dijadikan pertimbangan dalam membuat keputusan pada masa depan.

2.3 Melaksanakan akta gaji minimum segera

Berdasarkan laporan Bank Dunia, peningkatan pendapatan golongan pekerja Malaysia hanya 2.6% dalam 10 tahun yang lepas, tetapi kadar produktif adalah 6.7% dan kadar inflasi adalah 3%. Hal in telah mengurangkan kuasa beli pengguna. Kami meminta kerajaan melaksanakan akta gaji minimum serta merta termasuk tukang kebun dan pembantu rumah. Akta gaji minimum sebanyak RM900 adalah gaji pokok, tidak termasuk elaun kehidupan dan elaun sektor masing-masing. Sebagai contohnya, pekerja hotel tidak termasuk caj perkhidmatan, bayaran sagu hati khas pekerja ladang. Kerajaan juga perlu memastikan pekerja yang dapat gaji minimum tidak ditambah kerja lebihan dan tempoh masa bekerja. Kerajaan juga harus mengkaji amaun itu setiap dua tahun.

Tuntutan gaji minimum yang disebut perlu dilaksanakan kepada golongan pekerja tempatan dan asing untuk mengelakkan majikan yang tamak hanya mengupah pekerja asing yang murah. Tindakan majikan ini akan memburukkan keadaan pengangguran pekera tempatan.

2.4 Menolak akta yang menindas pekerja

Golongan pekerja bukan sahaja menghadapi masalah gaji yang rendah, hak asasinya juga terancam. Kami membantah kerajaan yang menafikan kebebasan pekerja, mereka harus berhak untuk mendirikan kesatuan sekerja di semua sektor. Kedua, kami membantah agen atau orang tengah pekerja sistem kontrak, kerana agen yang mengambil sebahagian pendapatan daripada gaji pekerja. Agen tersebut tidak memilik kilang dan harta tidak alih seperti majikan yang berupaya untuk menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja, maka agen tersebut tolak tanggungjawab, pekerja akan menjadi mangsa bagi sistem kontrak. Ketiga, umur bersara sektor swasta telah meningkat dari 55 tahun hingga 60 tahun, PERKESO harus melindungi pekerja yang berumur 60 tahun juga. Kami menyokong manifesto Jaringan Pekerja Malaysia.

2.5 Membantah perlaksanaan polisi Cukai Barangan dan Perkhidmatan ( GST )

Kerajaan memberi jaminan akan mengurangkan cukai pendapatan selepas perlaksanaan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Sebanyak 85% pekerja di Malaysia yang pendapatan tahunan kurang daripada RM30,000 tidak perlu membayar cukai pendapatan tetapi setelah GST dilaksanakan, ini bermakna seluruh rakyat Malaysia perlu tanggung cukai GST selagi anda masih membeli barangan ataupun perkhidmatan. Perlaksanaan cukai GST akan lebih berpihak kepada 15% pekerja yang lebih kaya dan mampu bayar cukai pendapatan kerana cukai pendapatan akan dikurangkan. Sistem cukai yang memindahkan beban kepada rakyat yang miskin merupakan sistem yang amat tidak adil.

Kerajaan akan menghapuskan cukai jualan 11.7 billion (data laporan tahun 2008) dengan menggantikan jangkaan jumlah cukai GST yang akan memperolehi 1.2 billion. Hal ini boleh menunjukkan kerajaan BN berniat menaikkan kadar cukai GST tahun-tahunan seperti negara Singapura dan Hong Kong. Ini bermakna rakyat bukan lagi tanggung 4% GST yang dijanji oleh kerajaan BN kecuali kerajaan BN bersedia melaksanakan dasar yang mengurangkan subsidi barang keperluan. Rakyat akan protes jalanan untuk membantah kerajaan.

2.6 Membantah Sistem 1 Care dan Mengkaji Semula Polisi Perkhidmatan Perubatan

Menurut polisi pelan 1 Care, 10% daripada pendapatan keluarga perlu membayar kepada polisi 1 Care. Selain itu, klinik swasta dan hospital awam perlu menyertai polisi 1 Care. Menurut polisi tersebut, pesakit boleh mendapatkan 6 kali rawatan daripada doktor tertentu dalam tempoh masa setahun. Jika rawatan kurang daripada 6 kali, pesakit tidak boleh mendapat balik duit yang telah dibayar dan sebaliknya, jika rawatan lebih daripada 6 kali, pesakit perlu membayar untuk rawatan yang seterusnya. Pesakit perlu mendapatkan surat cadangan daripada doktor tertentu baru boleh menukar rawatan kepada hospital atau doktor pakar lain. Doktor tidak akan memberi ubat selepas rawatan, pesakit perlu mendapatkan ubat daripada ahli farmasi dan dipercayai dengan jumlah bilangan ubat yang terhad. Kadang-kala ubat yang tidak termasuk dalam senarai 1 Care perlu dibayar lagi oleh pesakit. Pelan 1 Care tidak termasuklah ahli kakitangan kerajaan awam, pesara, ataupun rakyat yang kurang daripada RM800 sebulan.

Dalam situasi negara sekarang , rakyat yang miskin tidak mampu membayar walaupun kualiti perkhidmatan hospital swasta baik. Selain itu, tiada laporan menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan perubatan yang disediakan di bawah dasar penswastaan perubatan lebih berkesan berbanding dengan dasar kebajikan awam. Sebenarnya, sistem perubatan negara kita sekarang ada masalahnya, 70% penyakit memilih merawat di hospital awam, tetapi 70% doktor pakar telah ditarik oleh hospital swasta. Oleh itu, Kerajaan perlu meningkatkan kebajikan kakitangan perkhidmatan perubatan awam untuk menarik balik ahli pakar.

学运大选宣言之(二)

2.提高人民的生活素质

2.1改善公共交通系统

政府有必要建立一套有效地公共交通系统规划,如增加川行市區的轻快铁、电动火车和巴士的班次,重新规划市区的一些道路,加強巴士与轻快铁站之间的銜接,落实乘客等车时间长的问题,加强行车安全管理与监督,切实改善我国公共交通现状,为广大市民出行提供方便。

2.2反对环境公害,任何关于环境的决策必须资讯透明,共同决策

环境公害课题是人民最关注课题之一,而我国的公害课题更是层出不穷,从万绕高压电缆,砂捞越巴贡水坝、武吉公满新村山埃、关丹稀土厂及柔佛新山石化厂等的公害事件中,国阵政府为了利益,不惜牺牲人民的健康,在决策当中更没咨询民意,这是不透明的决策、不民主的政体。以莱纳斯稀土厂为例,无论是国阵政府和莱纳斯厂方只是片面的咨询关丹居民。
另外,国阵政府在征用苏丹街土地没有的到业主和市民的认同。我们认为,如果以民主,透明以及公开的方式进行,不会有今天的局面,这是因为决策者没有意识到民情的变化。在民主時代,任何决策影响到地方百姓,应先征询老百姓的意见,以民意为依归,让当地人民共同参与决策。此外,针对公害课题,必须要从根本上的以环境的保护与民意为主要依归,并以可持续发展作为未来政策决策的考量。

2.3马上落实最低薪金制

根据世界银行的报告,我国的劳工阶级过去十年的收入的成长率只有2.6%,可是生产率是6.7%和整体通货膨胀超过3%,这导致了消费者的购买力减少了。我们要求政府马上落实最低薪金制,并包括园丁(tukang kebun)和佣人(pembantu rumah)。此外,所谓的最低薪金是指基薪(gaji pokok)RM900,不包括生活津贴(Cost of Living Allowace)和各行业的津贴,如旅馆服务员的服务费、园丘工人的津贴(bayaran sagu hati khas)。政府也该规定获得最低薪金的工人不可增加工作量和时间。每两年检讨该数额。

以上所提的最低薪金制必须落实于本地劳工和外劳,避免贪得无厌的雇主只聘请廉价外劳,恶化本地劳工的失业问题。

2.4拒绝压迫工人的劳工法令

劳工阶级不止面对低薪问题,基本权益也日渐遭到腐蚀。首先学运反对政府打压工人的结社自由,即每个领域都拥有成立工会的自由。其二,学运反对拥有中介或合约制员工的代理人,因为代理人占了雇员薪水,雇员只获得甚少的薪金。其代理人不如雇主拥有工厂、不动产等确保工人的福利和安全,这也让代理人容易落跑,最后的受害者是庞大的雇员们。其三,鉴于私人界雇员的退休从55岁提升至60岁,建议社会保险机构(PERKESO)的年龄也提升至60岁,保障工人的基本权益。学运支持马来西亚员工阵线(Jaringan Pekerja Malaysia)的工人诉求。

2.5反对消费税(GST)

国阵政府承诺如果落实消费税就会降低所得税。大马85%的工作人士是不必缴个人所得税,也就是说一旦政府实行消费税,85%年收入低于三万令吉的人民必须缴消费税,反而年收入高于三万令吉的15%人民税收减少了。这是一项劫穷济富的税收制度。取消117亿令吉的销售税(2008年的数据)来换取约12亿令吉的消费税,这说明了政府会仿效新加坡和香港,落实后逐渐提高税收率,届时不再是4%了。政府不会以117亿令吉的销售税换12亿的消费税那么简单,除非国阵准备实行紧缩政策,即减少必需品的津贴。届时人民将不停的上街反政府。

2.6建立医疗保健,反对1 Care

根据一马保健的蓝本,家庭收入的10%必须缴给一马保健计划。所有私人和公共诊疗所医院都纳入一马保健。病人在一年内可寻找指定的医生求诊六次,少过六次没法索回费用,多过则另外缴费。病人需要在指定医生写的推荐信才可到其它医疗所向其它医生求诊。医生不包办药物,药剂师将准备药物名单,通常数量不多,也不是全部都免费,不在名单的药物也必须缴费。一马保健不包括公务员、退休者、少过月入八百令吉以下的贫穷阶级。

就算私营化的医疗服务再好,老百姓也没有能力越过诊所医院的门栏。况且目前也没有任何报告证明私营化医疗保健的政策所提供的医疗服务素质比公共的来的好。其实现有的医疗系统也存在着危机:70%的病人选择政府医院,可是70%的专业医生已被私人医疗中心吸纳。因此,政府必须改善医疗人员的制度,确保人才不流失。

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s