Deklarasi Mahasiswa (Pertama) 学运大选宣言(一)

Deklarasi Mahasiswa : Versi Bahasa Melayu & Bahasa Cina 学运宣言: 国语和华语版本184017_149030768590177_765865252_n382198_149030811923506_171035334_n

1.Demokrasi Kampus

1.1 Mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1967)

AUKU 1967 yang sedia ada harus dimansuhkan, kerana AUKU bukan sahaja mencabuli kebebasan akademi, kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan, dan juga melanggar prinsip hak asasi manusia, mahasiswa dan ahli akademik yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Walaupun kerajaan telah meminda AUKU, supaya membenarkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas melibatkan diri dalam kegiatan politik bertujuan menunjukkan imej kerajaan yang buka minda, memulangkan kebebasan kepada mahasiswa, tetapi pada masa yang sama, kerajaan BN masih melanggar prinsip demokrasi kampus.

Sebagai contohnya, membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah bahawa AUKU melanggar perlembagaan, membatalkan biasiswa enam orang mahasiswa yang menyertai himpunan Bersih 2.0 dan himpunan mansuhkan AUKU. Perbuatan in telah menunjukkan kerajaan tidak ikhlas untuk transformasi, ia hanya satu taktik untuk mendapat undian. Pindaan AUKU tidak dapat menyelesaikan masalah sepenuhnya dengan hanya memansuhkan AUKU. Penggubalan dasar yang menggalakkan sistem demokrasi kampus, memelihara autonomi mahasiswa dan kebebasan akademik, barulah dapat meningkatkan kualiti universiti.

1.2 Membatalkan dakwaan AUKU terhadap mahasiswa

Ramai mahasiswa menjadi mangsa di bawah AUKU sejak penggubalan pada tahun 1971. Pihak universiti menggunakan akta zalim ini untuk mewujudkan keganasan putih dengan tujuan menghapuskan kesedaran politik dan menyekat fikiran maju dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi, untuk menjamin hegemoni kerajaan. AUKU telah menjadi satu alat pihak universiti untuk mendapatkan kuasa, dan akta zalim ini pada asalnya memang bermotif politik dan tidak patut diwujudkan. Oleh itu, kami menyeru agar semua pihak memberi sokongan kepada mahasiswa yang didakwa di bawah AUKU, supaya pihak universiti membatalkan dakwaan AUKU terhadap mahasiswa.

1.3 Memulihkan Kesatuan Mahasiswa

Universiti yang di bawah kawalan AUKU telah hilang kebebasan, kakitangan eksekutif dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Perwakilan Pelajar pula tiada kuasa sebenar malah diselia oleh bahagian hal elwal pelajar (HEP).

Sebelum penggubalan AUKU pada tahun 1971, pentadbiran dan pengajaran universiti adalah berautonomi, dan tiada campur tangan daripada pihak kerajaan yang berkuasa mutlak. Kesatuan Mahasiswa mempunyai hak untuk mengurus hal ehwal dalam pentadbiran universiti. Kewujudan Persatuan Mahasiswa telah membentuk aktiviti-aktiviti yang berkualiti tinggi, gerakan mahasiswa juga berkembang pada masa itu, mereka memainkan peranan sebagai pencetus gelombang reformasi masyarakat. Suasana di dalam kampus adalah terbuka dan bebas, mahasiswa boleh mengemukakan ideologi mereka dengan bebas. Pada masa itu, mahasiswa yang berbeza ideologi boleh bersatu dalam perjuangan untuk golongan bawahan tanpa mengambil kira nasionalis, sosialis, dan islamik. Sebagai contohnya, isu tanah di Teluk Gong, isu petani dihalau dari tanah mendapat perhatian daripada mahasiswa.

Kesatuan Mahasiswa memainkan peranan penting dalam menyatukan kuasa mahasiswa. Sebelum ini, semasa kerajaan negara British mengumumkan kenaikan yuran pendidikan, ramai pertubuhan mahasiswa telah membantah keras dan mereka juga mobilisasi mahasiswa secara online untuk menyertai perhimpunan membantah kenaikan yuran. Selain itu, pelajar negara Itali juga menyertai dalam perhimpunan membantah polisi kerajaan yang mengurangkan peruntukan bagi pendidikan.

1.4 Membantah kampus diperniagakan

Kerajaan menggunakan AUKU untuk campur tangan dalam universiti awam, memperkenalkan dasar komersil secara beransur-ansur. Universiti sekarang hanya mementingkan pencapaian dan pasaran, bukannya pendidikan. Sistem pendidikan telah semakin menjauhi nilai-nilai kemanusiaan.
Kami perlu jelas bahawa golongan yang menguasai sistem pendidikan di negara ini adalah kerajaan BN yang terdiri daripada golongan kapitalis. Setiap peringkat dari sekolah rendah ke universiti, kami dididik dalam sistem pendidikan yang berasaskan kapitalis, dipupuk dengan fikiran utilitarian, menggalakkan pencapaian persendirian, dan kekurangan prihatin dan analisis terhadap sistem sosial serta kekurangan pemikiran kritis.

Dalam aspek sukatan pelajaran pula, kursus-kursus yang ditawar di universiti telah diswastakan dan berkait rapat dengan pasaran. Sebagai contohnya, Universiti Sains Malaysia (USM) bekerjasama dengan Syarikat Kuala Lumpur Education City untuk menawar ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan. Universiti semakin menitikberatkan kursus yang memenuhi permintaan pasaran sahaja, manakala kursus yang menggalakkan pemikiran kritis dan pendidikan kemanusiaan diabaikan. Selain daripada mahasiswa, ahli akademik juga menjadi mangsa di bawah sistem pendidikan ini. Korporat yang bermodal besar akan membiayai modal atau bantuan lain untuk menggalakkan kerajaan membuka universiti penyelidikan. Kajian penyelidikan universiti seperti ubat anti-kanser yang baru sememangnya boleh membantu masyarakat, tetapi produk ini sering kali tidak disedia secara langsung kepada orang yang memerlukan, sebaliknya, melalui permohonan hak paten oleh syarikat dan dijadikan sebagai satu komoditi untuk dijual.

Di samping itu, penyelidikan yang bukan untuk tujuan keuntungan, mengalami masalah kekurangan wang pembiayaian. Oleh sebab itu, ahli akademik umumnya hanya memberi tumpuan kepada pengajaran dan mementingkan kebendaan. Keghairahan untuk menuntut pengetahuan dan menjalankan penyelidikan semakin kurang. Di universiti awam pula, ahli akademik perlu menghadapi ancaman daripada campur tangan politik dan budaya birokrasi, menyebabkan mereka sukar memainkan peranan sebagai seorang penyebar pengetahuan yang berbudaya.

Oleh itu, mansuhkan AUKU, memulihkan Kesatuan Mahasiswa dan mempertahankan autonomi kampus amat penting dan perlu dilaksanakan dengan segera.

学运大选宣言之(一):

1. 校园民主

1.1废除大专法令

现有的《1971年大专法令》应该废除,因为它不但违反了学术自由、言论自由及结社自由,也违反了我国宪法下所赋予学术人员及学生的基本人权。虽然国阵政府修改大专法令,以允许年满21岁的大专生参政,看似逐步开放,还大专生自由,但同时又频频做出有违反校园民主的原则,如上诉大专法令违宪的判决,撤销6名参与净选盟2.0万人大游行及反大专法令集会的大专生的奖学金。这显示出政府并非真诚要改革,只是一个在大选前捞票的手段。修改大专法令是换汤不换药,惟有通过废除大专法令与建立制度来保障校园民主化,提倡校园民主,学生自治,学术自由之精神,才能够循序渐经地提升国内大学的素质。

1.2撤销所有被《大专法令》提控的学生控状

在大专法令蛮横的41年里,受害于这恶法下的大专生不计其数,校方不断地打造白色恐怖,旨在压制学生们政治意识的醒觉,不管手法温和或强硬,最终的目的不外钳制学生的进步思想,以奠定霸权。校方透过《大专法令》来夺权,为虎作伥,而这恶法本身就是一个政治不正确的存在。因此,我们呼吁各界对于被控的学生给予最大的声援,以便使校方撤销所有被《大专法令》 提控的学生控状。

1.3恢复学生会

《大专法令》下的大学没有独立性可言,在上有由高教部委任的高职人员,其下则是没有实权的学生代表理事会,普遍亲执政党的奴性实在令人难以忽视,教授与学生都深受其害。在1971年《大专法令》出现以前,大学从行政到教学都是独立自主,不受集权政府的干涉,学生会更拥有管治校务的绝对自主权。学生会的存在塑造了高素质的人文活动,追求政治正确的学生运动蓬勃涌现,带动着社会改革的浪潮。整个大学的思想风气是自由的,为了实践教育的精神而存在。当时,无论是民族、社会、或回教主义的学生都能团结一致为弱势群体斗争,一个最好的例子就是直落昂开拓土地、农夫被驱赶的事件得到学生强烈的关注。学生会有助于团结学生的力量。在去年英国政府宣布大幅上调大学学费上限时,许多学生组织积极的提出抗议,也在网络拉拢学生出席该集会反对学费涨价的示威活动。其他国家,例如意大利的数千名学生也积极的出席集会反对意大利政府的教育改革,减少教育经费的法案。

1.4拒绝校园商业化

国阵借着《大专法令》入主国立大学,逐步引入了商业化政策。今日大学看重的是绩效和市场,而非教育;大学与人文价值,已开始抽离了,渐行渐远。我们必须认清,这一群主导着全国教育体系的人,是资产阶级背景的国阵政府。从小学到大学的每一个阶段,我们都在资本主义的教育环境中成长,被灌输功利思维。引导我们把目光集中于个人成就,对于社会制度则缺乏关注和分析,短视且欠奉独立思考。
在课程方面,国立大学的课程被私营化,而该课程都是与市场联系紧密。比如理大和吉隆坡教育城集团合作开办工商管理高等学士学位。大学越来越注重‘实作’课程迎合市场需求,而鼓励批判思考、人文美学的课程却被忽略了。除了大专生,学术人员也成为受害者。大公司会提供资金等辅助方式来鼓励政府开办研究型大学,大学的研究如新抗癌药物的确可以帮助社会,但这些成品往往不是直接提供给有需要的人,而是通过公司申请专利,再把研究成果当作商品卖出去;非营利研究,则面临经费匮乏的问题。因此学术人员一般只注重教书交出成绩及追求物质,渐渐忘了研究知识的热诚。国立大学方面,学术人员更面对政治干预和官僚文化,难以被塑造成拥有深厚文化的知识传播者。

鉴于上述种种,废除大专法令,恢复学生会和捍卫校园的独立性,实在刻不容缓。

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s