Malaysia Youth & Students Democratic Movement (DEMA) menyeru rakyat untuk terus memperjuangkan tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil

Menjelang 9 Julai 2012 iaitu keulangan satu tahun rakyat berdemonstrasi untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, Malaysia Youth & Students Democratic Movement (DEMA)  menyeru rakyat supaya jangan lupa perjuangan mereformasikan sistem pilihanraya masih belum berjaya, rakyat jangan tertipu oleh janjian manis kerajaan BN yang bertujuan untuk memancing undian, sebaliknya, kita perlu menggesa Perdana Menteri Dato Seri Najib supaya melaksanakan 8 tuntutan Bersih 2.0 sebelum Pilihanraya ke-13.
Kami juga menyeru rakyat untuk terus menyokong tuntutan perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, dan menyatakan hasrat untuk menyokong reformasi system pilihanraya di Malaysia untuk mencapai sistem pilihanraya yang bersih dan adil.
3 tuntutan utama bagi perhimpunan Bersih 3.0:
1) Mendesak semua ahli panel Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) termasuk pengerusinya meletakkan jawatan.
2) Melaksanakan 8 tuntutan sebelum pilihanraya ke-13.
3) Membenarkan pemantauan daripada organisasi pilihanraya antarabangsa.
Tuntutan tersebut merupakan syarat-syarat asas untuk membentuk sistem pilihanraya yang bersih dan adil, tetapi tuntutan ini tidak diambil berat oleh kerajaan dan sebaliknya diketepikan.
Selepas perhimpunan 428, ramai rakyat Malaysia telah mula mengambil berat tentang masa depan Malaysia terutamanya golongan muda. Sesetengah golongan muda yang menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 juga menceritakan pengalaman mereka pada hari tersebut melalui sosial media, supaya orang lain yang tidak hadir dapat tahu keadaan pada masa itu.
Kami juga dapat lihat perubahan daripada Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, Semakin ramai anak muda mula aktif dalam gerakan reformasi sistem pilihanraya dengan pelbagai bentuk seperti menyertai bengkel, ceramah, konsert, dan mengedar risalah bagi menunjukkan hasrat mereka untuk mencapai sistem pilihanraya yang bersih dan adil.
Oleh itu, kami menggesa rakyat generasi muda supaya mengikut cara mereka, iaitu menyertai dalam gerakan reformasi sistem pilihanraya dengan pelbagai bentuk, untuk menunjukkan hasrat dan keinginan kita kepada kerajaan dalam perjuangan sistem pilihanraya yang bersih dan adil, dan juga memberitahu kerajaan bahawa rakyat adalah pihak yang penting dalam penentuan kemajuan dan masa depan negara.
Akhir sekali, kami menekankan bahawa perjuangan demokrasi adalah satu proses yang berterusan, pemerintah yang kuku besi tidak akan kompromi dengan senang, rakyat perlu meneruskan perjuangan mereka, barulah boleh membawa perubahan, oleh sebab ini, terdapat banyak organisasi ditubuh di seluruh negara selepas Bersih 2.0. Kami menyeru agar rakyat mengambil bahagian dalam organisasi, bergerak dan menjalankan aktiviti bersama, bukannya hanya bergantung kepada internet dan sosial media. Jika setiap rakyat memainkan peranan dan memberi sumbangan dalam gerakan ini, dan berpegang kepada kepercayaan dan perjuangan. Kami percaya sikit-sikit, lama menjadi bukit, usaha kita akan dicapai, perubahan akan terjadi pada satu hari nanti.
Senarai hubungan organisasi-organisasi dari seluruh Negara

    • Penang Bersih Group, Kedah (Hui Yang 016-4601988)
    • Bersih Melaka (Kenji 016-6604818)
    • Mampat, Terengganu (Sazali 019-9836198)
    • Gabungan NGO Kelantan (Wan Abdullah Halim 019-9166189)
    • Sibu Bersih Working Committee (Dominic Hii 012-8470524)
    • Bersih Perak (Jasmine 012-5214812)
    • Bersih Miri, Sarawak (Yee Loon 016-8503659)
    • Bersih Sabah (TJ Tan 014-9522433)
    • Tindak Malaysia (Chris Wong 012-2678868, pacabatraining@gmail.com, Laman Web: sites.google.com/site/pacabatraining)
    • Sunflower Electoral Education – SEED Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Melaka, N. Sembilan, Pulau Pinang (Eric Ng 017-3101618)
    • JOM Pantau  (Lamam Web: www.pru13.info)
    • Mamas Bersih (Andrea Kan 0123195313)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s