Kempen Faks: Gugurkan Dakwaan Terhadap Aktivist Muda Tan Hong Kai

Kepada :
Rakan-rakan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Sosial, Pergerakan Rakyat, Parti Politik dan individu-individu,

KEMPEN FAKS: GUGURKAN DAKWAAN TERHADAP AKTIVIST MUDA TAN HONG KAI

Tan Hong Kai merupakan seorang pelatih Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Cawangan Pulau Pinang, sejak beberapa bulan yang lepas sehingga kini. Tan ditahan oleh pegawai keselamatan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 20 April 2012 semasa menampal poster BERSIH 3.0 di kawasana kampus USM bersama-sama dengan beberapa mahasiswa USM yang lain. Dia kemudiannya dibawa ke balai polis dan disiasat bawah Sesyen 447 Kanun Keseksaan.

Kami mempercayai bahawa Tan Hong Kai ialah mangsa pertama tangkapan BERSIH 3.0, dan tujuan penangkapan Tan bermotif menindas aktivist muda serta menakutkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan BERSIH 3.0. Hukuman yang bakal dihadapi oleh Tan ialah penjara 3 bulan, dendaan RM1,000 ataupun kedua-duanya.

Walaupun telah lebih daripada satu bulan perhimpunan BERSIH 3.0 berlalu, kita tidak harus lupakan mereka yang membantu menjayakan perhimpunan ini, yang berjaya menyampaikan suara orang ramai terhadap kerajaan.

Oleh itu, kami minta bantuan dan kerjasama daripada seluruh rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH, menyokong perjuangan aktivist untuk menghantar faks kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail (03-8890 5609) mulai hari ini sehingga 8 Jun 2012 supaya dakwaan terhadap Tan Hong Kai digugurkan.

Sampel Surat kepada Peguam Negara Malaysia:
https://docs.google.com/document/d/1M4TYzT9JRJanih7Ty1cC_UwolCrv3UA0ZuJN2gZ2fhY/edit

Peringatan :

  • Sila Fax ke Pejabat Peguam Negara  : 03-8890 5609
  • Masa yang dicadangkan adalah 10am-1pm pada setiap hari bermula dari sekarang (Hari Bekerja) sehingga 29 May 2012  5.00pm
  • Diminta semua pihak isi dan fax ke 03-8890 5609 untuk memberi tekanan.
  • Bantuan daripada semua pihak amat kita hargai. Terima Kasih.
  • Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada Heng Kiah Chun 016-5159352 (kcheng90@hotmail.com)

Sampel Surat kepada Universiti Sains Malaysia

https://docs.google.com/document/d/1no8_EERmSPmFkpQjah1FaPhHERETvYMK38DmF0jtHu4/edit

Peringatan : 

  • Sila Fax ke Pejabat Naib Canselor Universiti Sains Malaysia  : 04-6565401 
  • Masa yang dicadangkan adalah 10am-1pm pada setiap hari bermula dari sekarang (Hari Bekerja)sehingga 29 May 2012  5.00pm
  • Diminta semua pihak isi dan fax ke 04-6565401 untuk memberi tekanan.
  • Bantuan daripada semua pihak amat kita hargai. Terima Kasih.
  • Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada Heng Kiah Chun 016-5159352 (kcheng90@hotmail.com)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s