DEMA gesa rayuan kes UKM4 ditarik balik

Merdekareview – DEMA gesa rayuan kes UKM4 ditarik balik.

Gerakan Demokratik Mahasiswa & Belia (DEMA) menggesa pihak kerajaan dan universiti menarik balik rayuan kes UKM4 ke Mahkamah Persekutuan.

Peristiwa UKM4 sekali lagi telah menarik perhatian rakyat di mana Mahkamah Persekutuan membenarkan pihak UKM, Kementerian Pengajian Tinggi dan kerajaan membuat rayuan berhubung dengan perintah Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sebagai seksyen yang tidak sah di sisi undang-undang dan mencanggah perlembagaan.

Pada awalnya, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan membuat pindaan terhadap Seksyen 15(5)(a) AUKU dan membenarkan mahasiswa bergiat dalam politik.  Namun tindakan kerajaan yang mencabar keputusan ini telah menunjukkan sikap hipokrit kerajaan yang tidak memperlihatkan keikhlasan dalam memberi kebebasan kepada mahasiswa.  Hal ini juga membuktikan parti pemerintah Barisan Nasional (BN) takut atas kesedaran mahasiswa dalam bidang politik kerana kebangkitan mahasiswa akan memberi pengaruh yang besar kepada piliharaya umum yang ke-13 dan seterusnya mengugat hegemoni kerajaan Barisan Nasional dalam kampus dan negara selama 50 tahun.

DEMA menegaskan bahawa AUKU perlu dimansuh segera untuk memulangkan kuasa autonomi, demokrasi kampus dan kebebasan akademik.  Kebanyakan mahasiswa sudah berumur 21 tahun dan mereka mempunyai kematangan dalam menguruskan segala hal ehwal kebajikan mahasiswa dalam universiti.  Mereka lebih memahami situasi dan masalah dalam kalangan mahasiswa berbanding dengan staf-staf universiti.  Ini akan memberi kemajuan terhadap mahasiswa dalam pengukuhan pemikiran kritikal mereka.  Universiti merupakan tempat yang melahirkan ideologi baru terhadap masyarakat pada masa depan, maka AUKU hendaklah dimansuhkan serta merta demi kemajuan Negara.

Jadi, DEMA menyeru pertubuhan mahasiswa yang lain memainkan peranan dalam mempertahankan hak-hak mereka.  Para mahasiswa harus bekerjasama untuk mendesak kerajaan menarik balik rayuan kes UKM4 dan mansuhkan AUKU yang telah menzalimi mahasiswa selama 41 tahun.  Tanpa AUKU, kesan Xenophobia dalam kampus akan dihapus dengan sepenuhnya dan hak mahasiswa boleh dikembalikan.  Keadaan ini barulah menunjukkan satu sistem demokrasi yang adil dan diingini oleh mahasiswa.

*Kenyataan media daripada Gerakan Demokratik Mahasiswa & Belia (DEMA).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s