Tangguh pilihan raya kampus: DEMA tuntut penjelasan universiti

Merdekareview – Tangguh pilihan raya kampus: DEMA tuntut penjelasan universiti.

Gerakan Demokratik Mahasiswa & Belia Malaysia (DEMA) mendesak pihak pentadbiran universiti memberi penjelasan atas penangguhan pilihanraya kampus ke semester hadapan, iaitu semester pertama, Sesi 2012/2013.

DEMA berasa kecewa terhadap penangguhan pilihanraya kampus ke semester 1, Sesi 2012/2013.  Menurut laman rasmi facebook Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya pada 16/3/2012, Pihak Pentadbiran UM telah mengadakan perlantikan “Executive Caretaker” dengan alasan mengganti Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) untuk menguruskan hal ehwal berkaitan kebajikan pelajar.  Hal ini berikutan dengan tempoh perkhidmatan Majlis Perwakilan Pelajar UM yang telah tamat pada 21 Februari 2012.

MPP dan Parlimen adalah sama, ia perlu dibubarkan apabila tamatnya tempoh perkhidmatan untuk memilih wakil mahasiswa/i untuk sidang depan.  Pihak pentadbiran Universiti tidak memberikan penjelasan yang kukuh atas kelewatan pilihanraya kampus yang sepatutnya diadakan pada semester ini, iaitu semester kedua sesi 2011/2012. Selain daripada Universiti Malaya, universiti tempatan yang lain, seperti UUM, UPM, USM dan lain-lain sekarang masih tidak memberi pengumuman tarikh pilihanraya kampus.  Maka, DEMA menyokong pemansuhan AUKU dengan menggantikan akta yang melindungi demokrasi kampus, termasuklah golongan mahasiswa berhak memutuskan tarikh pilihanraya kampus serta dalam urusan pilihanraya kampus.

Kedua, pihak pentadbiran UM telah membunuh demokrasi kampus.  MPP adalah dipilih melalui undian majoriti pelajar tetapi pihak pentadbiran UM melantik “Executive Caretaker” atas pilihan sendiri.  Situasi ini telah membuktikan HEP menolak kebebasan suara mahasiswa kerana Caretaker tersebut dipilih tanpa perbincangan dengan pelajar dan ahli MPPUM.  Pemilihan caretaker ini tidak menunjukkan ketelusan dan kami juga mengesyaki pihak pentadbiran UM hanya melantik pelajar Pro-Aspirasi sebagai “Executive Caretaker” yang menggantikan MPPUM.

Oleh itu, kami berharap pihak pentadbiran UM dapat mengumumkan kaedah pemilihan dan kelayakan caretaker.

Ketiga, pihak pentadbiran universiti telah memberi situasi yang mengelirukan kepada pelajar semester empat yang ingin bertanding dalam pilihanraya kampus ini.  Tempoh perkhidmatan MPP adalah satu tahun, jika pelajar semester kelima menjadi MPP, pelajar tersebut akan tamat pegajiannya sebelum tamat tempoh perkhimatan MPP.   Jadi, adakah pelajar semester kelima, sesi 2012/2013 dibenarkan bertanding dalam pilihan raya kampus?  Masalah ini tidak akan berlaku jika pilihan raya kampus tidak ditangguhkan.  Pihak pentadbiran perlu memberi penjelasan dan memastikan hak pelajar semester kelima sesi 2012/2013 untuk bertanding dalam pilihanraya kampus.  DEMA berharap pilihanraya kampus tidak patut ditangguhkan kerana situasi ini bukan shaja mengelirukan, tetapi juga mencabul suara mahasiswa.

<img “=”” hspace=”8″ align=”left” vspace=”8″ src=”http://www.merdekareview.com/image_files/news/20100531_DEMA_Logo.jpg&#8221; alt=””>Akhir kata, DEMA berharap pihak pentadbiran universiti mengadakan perbincangan dengan mahasiswa sebelum membuat segala keputusan yang berkaitan dengan isu mahasiswa supaya suara mereka dapat didengar serta dihormati.  Jadi, kami mendesak pihak pentadbiran universiti memberi sebab yang kukuh atas penangguhan pilihanraya kampus dan membuat perbincangan dengan mahasiswa secepat mungkin.

*Kenyataan media oleh Gerakan Demokratik Mahasiswa & Belia Malaysia (DEMA) pada 18 Mac 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s