PTPTN- beban anak muda

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan pada tahun 1997. Fungsi utama PTPTN adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembalibayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut.

Tahukah anda bahawa pendidikan percuma adalah satu hak asasi manusia? Jadi kenapa di negara-negara lain seperti Finland, Venezuela, Sweden, Sri Lanka, China, Libya dan Cuba, duit cukai rakyat digunakan oleh kerajaan untuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat manakala di Malaysia pula, kita terpaksa meminjam duit dari PTPTN?

Selain tindakan menyenaraihitamkan peminjam sehingga menyekat kebebasan bergerak anak-anak muda, sistem pentadbiran PTPTN juga adalah amat kucar-kacir. Banyak kes di mana peminjam tidak menerima wang yang sepatutnya diterima sehingga ke semester berikutnya dan ada juga kes di mana peminjam masih disenaraihitamkan walaupun telah menjelaskan bayaran.

Isu PTPTN ini adalah amat relevan dengan kebanyakkan anak muda Malaysia. Kita tidak boleh lagi berdiam diri menerima semua ketidakasilan ini. Anak muda Malaysia berhak untuk menerima layanan yang lebih baik dari ini. Kita berhak untuk mendapatkan pendidikan percuma kerana kerajaan Malaysia mempunyai dana yang lebih dari mencukupi untuk menanggung pendidikan anak-anak Malaysia. Pendidikan adalah hak asasi kita, bukan sesuatu yang perlu kita rayu dan hanya diberikan dengan pinjaman wang.

Marilah hadir ke forum di KLSCAH pada 16 Feb 2012 pukul 8 malam untuk kita bersama-sama bincangkan bagaimana kita boleh menghilangkan beban yang terpaksa dipikul tanpa sukarela ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s