DEMA desak PM mansuhkan AUKU serta merta

MerdekaReview – DEMA desak PM mansuhkan AUKU serta merta.

Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia (DEMA) membantah pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang akan dilakukan dalam persidangan Parlimen dan juga meminta pemansuhanAUKU harus dilaksanakan dengan serta-merta.

DEMA mengingatkan Perdana Menteri bahawa AUKU bukan sahaja menafikan hak asasi manusia dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak bersuara, berpersatuan, berakademik, berpolitk, tetapi juga mengongkong fikiran mahasiswa-mahasiswi dan staf akademik Institusi Pengajian Tinggi.  Akta ini telah menghalalkan campurtangan kerajaan dalam pentadbiran IPTA iaitu Seksyen 4 yang memfokuskan kuasa mutlak kampus dan menghancurkan demorakrasi kampus serta autonomi mahasiswa/i.

Seksyen 4 telah memberikan kuasa kepada Menteri Pengajian Tinggi untuk meluluskan sesiapa yang beliau rasa sesuai untuk mentadbir IPTA tersebut.  Oleh itu, kuasa mutlak ini juga akan memberikan peluang kepada kerajaan Barisan Nasional untuk membenarkan cawangan khas (special branch) Polis Diraja Malaysia memasuki ke dalam kampus dan bertujuan untuk mengawasi gerakan mahasiswa/i.  Manakala ahli-ahli akademik yang tidak menentang propaganda BN dibenarkan masuk ke dalam kampus dan menggunakan platform IPTA untuk memperbodohkan mahasiswa/i.  Kenyataan ini pernah dibentangkan oleh Senator Syed Husin Ali pada sidang Dewan Negara yang lepas.

DEMA juga menyeru kerajaan supaya mengembalikan demokrasi kampus dan autonomi mahasiswa/i dengan pemansuhan AUKU.  Sehingga hari ini, Naib Canselor yang dilantik oleh Menteri Pengajian Tinggi adalah tindakan autokratik yang bermotifkan kepentingan politik.  Situasi ini akan memusnahkan arena akademik dan demokrasi kampus.  Sistem pentadbiran kampus harus diuruskan oleh mahasiswa/i, staf akademik dan ahli akademik dengan kuasa yang serata kerana mereka adalah golongan yang paling memahami sistem ini.  Institusi kampus seperti Lembaga Pengarah (dulu dikenali sebagai Majlis Universiti) dan Senate harus memberi ruang penyertaan kepada golongan-golongan tersebut.

Sebenarnya AUKU selama ini tidak menghalang mahasiswa/i dan ahli akademik berpolitik untuk kerajaan Barisan Nasional malah membantah keras kepada mahasiswa/i yang menyokong parti-parti pembangkang.  Pendirian BN terhadap AUKU selama ini adalah “double standard“.  Sebagai contohnya, seorang mahasiswi telah didakwa oleh AUKU selepas terlibat dalam kempen pilihan raya umum pada tahun 2004 bagi calon Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua.  Pada masa yang sama, anak Shahrizat Abdul Jalil pernah menyeru mahasiswa/i berkempen untuk ibunya di kawasan Lembah Pantai tetapi tiada tindakan yang diambil oleh IPTA terhadapnya.

DEMA menyokong sepenuhnya terhadap hak berpolitik mahasiswa/i sama ada BN atau parti pembangkang.  Fenomena ini dapat mengalu-alukan demokrasi diwujudkan di dalam kampus.  Kerajaan harus sedar bahawa bukan parti-parti politik yang menyebabkan mahasiswa/i menjadi kuda tunggangan tetapi sistem pendidikan “spoon feed” dan AUKU yang mengongkong fikiran mereka.

Jadi, DEMA mendesak kerajaan memansuhkan AUKU secepat mungkin supaya dapat menunjukkan kematangan dan revolusi kerajaan.  Hal ini disebabkan AUKU sudah dipinda sebanyak empat kali iaitu 1975, 1983, 1996 dan 2008 dan masih terdapat mahasiswa/i didakwa.  DEMA juga meyeru kerajaan supaya tidak mengadaikan hak asasi mahasiswa/i, ahli akademik, demokrasi kampus dan autonomi mahasiswa/i sebagai helahan untuk mendapatkan berpuluh-puluh ribu undian mahasiswa/i!

*Kenyataan daripada Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia (DEMA).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s