Kempen “Seorang Seringgit Untuk Menyokong Sook Hwa” Telah Berakhir Tetapi Perjuangan Pemansuhan AUKU masih diteruskan “一人一元挺淑桦”筹款结束,废除《大专法令》精神依旧

Kempen “Seorang Seringgit Untuk Menyokong Sook Hwa” Telah Berakhir Tetapi Perjuangan Pemansuhan AUKU masih diteruskan

Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA) mengumumkan bahawa Kempen “Seorang Seringgit Untuk Menyokong Sook Hwa” telah tamat, dan ingin berterima kasih kepada penderma yang memberi sumbangan.

Pada 4 Jun 2010, permohonan ulasan judicial bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggah dengan Perlembagaan yang dibuat oleh saudari Soh Sook Hwa telah ditolak oleh mahkamah, saudari Soh harus membayar kos mahkamah sebanyak RM3000 dalam tempoh 30 hari.

Kempen tersebut telah dijalankan di seluruh negara dari 14 Jun sehingga 1 Julai, selama 18 hari. Sumbangan boleh disalurkan melalui bank, atau kotak dermaan yang disediakan oleh DEMA di forum, jamuan, dan pasar malam untuk menunjukkan sokongan kepada Saudari Soh.

Selain mendapat sumbangan daripada orang awam, Pertubuhan bukan kerajaan juga memberi sokongan yang menggalakkan kepada kempen tersebut dalam tempoh ini. DEMA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua lapisan masyarakat yang menjayakan kempen ini dan DEMA akan menyalurkan sumbangan ini sebagai sokongan terhadap usaha pemansuhan AUKU pada masa akan datang.

Untuk menggalakkan keterbukaan dan akauntabiliti dalam pengurusan sumbangan yang diterima, DEMA akan mengumumkan jumlah sumbangan dalam masa yang terdekat. Hal ini disebabkan pihak bank memerlukan tempoh dua hari bekerja untuk transaksi kewangan. Walaubagaimanapun, anggaran awal daripada sumbangan yang diterima menunjukkan bahawa sasaran sebanyak RM3000 telah dicapai sepanjang kempen tersebut.

Demi memudahkan pelbagai pihak untuk mengetahui jumlah sumbagan yang tepat, DEMA akan membuat pengumuman selanjutnya dalam blog DEMA (https://demamalaysia.wordpress.com) dalam masa yang terdekat.

DEMA akan menyampaikan sumbangan terdebut kepada saudari Soh, sumbangan yang selebihnya pula akan dijaga oleh DEMA, dan kegunaannya pada masa hadapan akan dipantau oleh Pertubuhan bukan kerajaan. DEMA berpendapat bahawa pencabaran AUKU bercanggah dengan Perlembagaan bukanlah perjuangan individu saudari Soh. Oleh itu, DEMA berharap selain mendapatkan sumbangan yang diperlukan, kesedaran juga dapat diberi kepada orang ramai bahawa AUKU menyekat kebebasan mahasiswa.

DEMA berharap lebih banyak orang akan mencontohi semangat saudari Soh dalam usaha pemansuhan AUKU. Walaupun permohonan saudari Soh telah ditolak, tetapi ini bukanlah penamat, malah merupakan pemulaan. Hanya dengan memansuhkan AUKU yang zalim, autonomi universiti dan kebebasan akademik dapat dipulihkan.

Yang benar,

Khaw Seng Hean

Penyelaras Kempen “Seorang Seringgit Untuk Menyokong Sook Hwa”

一人一元挺淑桦”筹款结束,废除《大专法令》精神依旧

马来西亚青年与学生民主运动(学运)在此宣布“一人一元挺淑桦”筹募活动已结束,并特此感谢所有热心捐款的人士。

2010年6月4日,苏淑桦挑战《大专法令》违宪司法复核申请失败,法庭谕令 她须在30天内 支付马币3000元的堂费。

“一人一元挺淑桦”的筹募运动从6月14日至7月1日(为期18天)在全国进行。公众可以透过汇钱至学运户口的方式,或是直接透过 学运在各个讲座、晚宴、夜市集所摆放的筹款箱,表达对苏淑桦支持。

在这期间除了社会的善心人士,公民团体也给 予这项筹募运动热烈的支持。学运感激各界善款的捐赠之余,也将视之为各界对废除《大专法令》的支持。

学运了解到各界欲知筹款的最终数额,不过顾虑到捐款日 期结束后,银行转帐需要两天的工作日,因此学运暂时无法公布确实的筹款,不过各界目前的捐款,已经达到马币3000元的目标。

因此,为方便大家跟进款项数额,学运将在下星期总结数 目后,在学运部落格(https://demamalaysia.wordpress.com)另做公布。

我们将把款项移交给淑桦,而盈余交由学运保管,并 由公民组织一同监督款项的用途。

学运认为有鉴于苏淑桦挑战《大专法令》违宪并非她个人 的斗争,因此希望筹募之余,也能够广泛教育群众,让大家知道《大专法令》钳制大专生的自由。

最后,学运希望大家以苏淑桦为榜样,坚持废除《大专法 令》的精神,虽然苏淑桦的申请被驳回,可是这并不是一个结束,而是一个开始,惟有勇敢地对抗钳制大专生的恶法,才能恢复大 学的自主权与学术自由!

“一人一元挺淑桦”运动负责人

许承贤  谨启

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s