Mafrel pantau pilihan raya kampus UM

PETALING JAYA, Jan 18 — Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas (Mafrel) telah menyatakan kesediaan untuk memantau perjalanan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM), yang buat julung kali menggunakan sistem pengundian elektronik (e-undi), minggu depan.

Penggunaan sistem e-undi mencetuskan bantahan di kalangan sebahagian pelajar universiti itu.

Jurucakap Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (Bantah), Mohd Ridzuan Othman berkata pihaknya sudah mencapai kata sepakat dengan Mafrel untuk menjadi badan pemantau pilihan raya kampus yang akan memilih anggota Majlis Perwakilan Pelajar dan kolej.

Jika menjadi kenyataan dipercayai ini kali pertama Mafrel, yang merupakan badan pemantau pilihan raya kebangsaan, melangkah ke menara gading.

“Pihak Bantah juga ingin menegaskan bahawa hasil daripada kesepakatan bersam dengan pihak Mafrel, Mafrel bersetuju untuk menjadi badan bebas untuk memantau perjalanan pilihan raya kampus pada kali ini.

“Kami di peringkat Banath juga akan memantau system e-undi yang telah dijalankan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) agar tidak ada manipulasi dan ‘tangan-tangan ghaib’ yang akan mencalarkan sistem demokrasi kampus di UM dan UIAM,” kata Ridzuan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ridzuan menjelaskan syor itu telah dipersetujui oleh Naib Presiden UM Profesor Dr. Ghauth Jasmon pada satu pertemuan dengan mereka 31 Dis lalu.

“Kami akan mengadakan pertemuan semula dengan pengurusan universiti pada Khamis atau Jumaat ini untuk membincangkan perkara ini dengan lanjut.

“Pihak Mafrel juga akan mengemukakan butiran lanjut proses pemantauan kepada kami minggu ini,” kata beliau.

Ridzuan memberitahu Bantah akan memastikan perjalanan pilihan raya kampus kali ini bebas daripada sebarang keraguan terhadap proses pengundian dan seterusnya memastikan kesuburan demokrasi kampus terus mewarnai landskap universiti negara ini.

“Sistem yang baru khususnya buat UM kerana pada pilihan raya kampus yang dijadual diadakan pada 28 Jan ini akan menyaksikan sistem yang baru ini diperkenalkan.

“Tetapi bagi pihak Bantah, kami terus-terusan menentang dan mendesak pemansuhan sistem e-undi ini kerana ketelusan dan integriti pihak yang menyelenggara sistem ini dipersoalkan,” katanya.

Pelajar UIAM akan keluar mengundi Khamis ini.

G. Manimaran

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/49975-mafrel-pantau-pilihan-raya-kampus-um

One thought on “Mafrel pantau pilihan raya kampus UM

  1. to all… saya masih ingat apabila anuar ibrahim menyatakan ada ahli parlimen akan lompat parti ke PKR. knapa x timbul isu pembubaran parlimen andai ini terjadi? namun apabila perak jatuh pada Bn dgn kelebihan kecil undi, harus dijerit agar dibubarkan dun perak.?? mcm nie lah… saya ada melihat bagaimana biadapnya ahli parlimen pembangkang iaitu DAP (cina) yg sangat biadap dlm dun perak sewaktu dun ingin bersidang pertama kali apabila di kuasai BN. sungguh malu dan sngat2 marah… ini baru negeri.. kalau negara? mcm mana lah DAP atau pembangkang agaknya ekk.. malaysia bakal jadi singapura ke-2.. Aku selaku ank melayu xkan biarkan bangsa lain berkuasa melebihi bangsa aku sendiri (terutama sekali cina n india)

    cuma bangsaku yang haprak mcm anuar al-juburi yang sanggup menggadaikan bangsanya sendiri..

    zul hasrul zakaria
    radiographer
    hospital sultanah bahiyah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s