大學生團結陣線將在補選期間‧發起反對電子投選運動

SMM(布城)大學生團結陣線將動員各地大專生,積極通過森州峇眼檳榔州選區補選,展開敦促高等教育部收回國立大學校園電子投選系統的運動。

大學生團結陣線發文告說,陣線將在補選舉行期間,分發傳單,展示宣傳布條,以及舉行新聞發佈會。

“同時也會會見參與補選的政治和政府領袖,表達該陣線反對這項電子選舉系統,會產生不透明化和濫權的問題。”

文告指出,大學生團結陣線不會向任何方面低頭,同時也不會在這個問題上妥協;該陣線希望各方面關注通過電子選舉系統,會使到大學校園民主死亡的問題。

大學生團結陣線再次促請高等教育部長收回即將在國立大學校園,推行電子投選系統的建議。

http://www.sinchew.com.my/node/132784?tid=1

原版马来文全文如下:

KENYATAAN SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA UNTUK BERKEMPEN DI PILIHAN RAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGAN PINANG, NEGERI SEMBILAN.

-KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA-

2HB OKTOBER 2009

 

Merujuk kepada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang akan bermula pada hari esok, 3hb Oktober 2009. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) ingin mengambil inisiatif untuk menggembleng mahasiswa dan anak muda dari seluruh negara, bagi menjalankan kempen mendesak pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, untuk menarik semula cadangan penggunaan Sistem E-Voting dalam Pilihan Raya Kampus di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam. Pilihan Raya Kampus atau Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar kemungkinan akan diadakan dalam masa terdekat.

 

Sistem E-Voting adalah sistem undian secara berkomputer yang akan digunakan dalam Pilihan Raya Kampus akan datang di kebanyakan IPTA Malaysia. Perihalnya, sistem ini adalah dipertikaikan berhubung soal ketelusan, rasional, penyelewengan serta di tolak oleh mahasiswa di seluruh IPTA.

 

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpendirian bahawa sistem E-Voting adalah penamat kepada sistem demokrasi kampus. Justeru, kematian demokrasi dalam kampus adalah sangat mendukacitakan kerana berlaku dalam kalangan masyarakat terpelajar. Maka, SMM akan melancarkan kempen menolak sistem E-Voting ini bagi menyedarkan masyarakat bahawa nikmat demokrasi yang mereka kecapi semasa pilihan raya bakal hilang sekiranya sistem pemilihan di universiti di perlekehkan dengan sistem E-Voting yang secara jelas menjadi pertikaian semua pihak. Sistem ini juga tidak mustahil untuk diadakan secara meluas termasuk dalam sistem pilihan raya negara.

 

SMM dengan ini akan menggerakkan seluruh jentera mahasiswa untuk kempen di DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Kita akan mengedarkan risalah, menaikkan banner, mengadakan sidang akhbar serta berjumpa dengan seluruh pimpinan politik dan kerajaan yang berkempen di DUN Bagan Pinang bagi membawa bantahan ini. SMM juga tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak serta tidak akan berkompromi dalam soal ini. Kita mengharapkan agar semua pihak prihatin kepada isu kematian demokrasi di kampus IPTA melalui sistem E-Voting ini. SMM sekali lagi mendesak Menteri Pengajian Tinggi Malaysia supaya menarik semula cadangan untuk menggunakan sistem E-Voting dalam Pilihan Raya Kampus akan datang ini.

 

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s