Berapakah Kampung Buah Pala di Selangor? 雪州有多少豆蔻村?

Berapakah Kampung Buah Pala di Selangor?

Dari Perbalahan Buah Pala meninjau dilema setinggan di Selangor

kampung papanKampung Buah Pala yang mempunyai sejarah 200 tahun tidak dapat diselamatkan daripada nasib dirobohkan. Sebelum perbalahan ini ditenteramkan, pembangunan dan pengusiran di Tanjong Tokong, Pulau Pinang sekali lagi menjadi tumpuan seluruh negara.

Sebenarnya, perkara mengenai setinggan dan perjuangan peneroka Bandar terjadi di seluruh Negara. Kawasan perumahan setinggan di Chan Sow Lian, Kuala Lumpur akan dirobohkan, perbalahan pembangunan di kampong baru Plentong tidak dapat diselesaikan selama 20 tahun, Kampung Meru Tin di perak menghadapi masalah harga tanah terlalu tinggi selepas tanah tersebut diambil balik oleh kerajaan negeri, Kampung Berembang, Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong di Selangor menghadapi ancaman pengusiran paksa di bawah dasar setinggan sifar yang ditetapkan oleh bekas kerajaan negeri Selangor.

Apa yang telah berlaku di Kampung Buah Pala, ada kemungkinan berlaku lagi di negeri Selangor, ia akan mengakibatkan pertembungan dan merugikan semua pihak. Bagaimanakah menangani masalah ini memang bergantung kepada kebijaksanaan pihak berkuasa, penduduk dan masyarakat madani. Ia bukan sahaja menilai adakah kerajan baru akan melaksanakan konsep demokrasi dan hak asasi manusia, tetapi juga mencabarkan kerajaan negeri menghasilkan dasar-dasar perumahan seragam yang “berpusat rakyat” dan bukan berpusat pada kumpulan-kumpulan minat (interest group).

Jawatankuasa Hak Sivil berpendapat, semua pihak berkepentingan dalam isu setinggan di Selangor harus memulakan dialog dan perbincangan awam sebelum pengusiran paksa menjadi satu hakikat. Perbincangan ini membenarkan semua rakyat yang prihatin memberi cadangan dan mencari jalan penyelesaian, melaksanakan kebudayaan rundingan demokrasi dan sebagai satu proses bagi menggubalkan dasar-dasar awam yang memanfaatkan rakyat.

Dengan ini, kami akan menganjurkan satu forum awam bertajuk “Berapakah Kampung Buah Pala di Selangor? – Dari Perbalahan Buah Pala Meninjau Dilema Setinggan di Selangor”. Penceramah-penceramah ialah YB Iskandar Abdul Samad, Exco Kerajaan Negeri Selangor, pengerusi jawatankuasa tetap perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan; Encik Tan Jo Hann, Pengerusi Permas merangkap Ahli Majlis MPSJ, Encik Ang Mah Chye, wakil jawatankuasa penduduk Jalan Papan, Pandamaran Klang serta Encik Noralizan bin Ali, wakili Kampung Berembang, Ampang. Moderator ialah Encik Ong Jing Cheng dari Persatuan EMPOWER. Butir-butir forum adalah seperti berikut :

Tarikh   : 30hb Sept 2009 (Rabu)

Masa      : 7:30pm

Tempat  : Auditorium, KL & Selangor Chinese Assembly Hall (Map)

Bahasa   : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris

Forum awam ini adalah percuma, kedatangan orang awam dialu-alukan. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Cheah (03-22723519), sekian terima kasih/

Pengerusi Jawatankuasa Hak Sivil KLSCAH

Liao Kok Fah

雪州有多少豆蔻村?

从豆蔻村风波,探讨雪州木屋区困境

具有200年历史的槟岛豆蔻村最终还是逃不了被拆毁的命运。在豆蔻村争议还未完全平息,槟岛又发生了丹绒道光村的发展和逼迁问题。

实际上,全国各地都有这类木屋区和城市拓荒者斗争的故事。吉隆坡陈秀莲路木屋区即将被拆毁,新山避蘭東甘榜峇魯木屋区的发展纠纷历20年不能解决,霹雳州的美鲁丁村在州政府答应归还土地后,又因价格问题争议不下,雪兰莪州的甘榜柏仁邦、巴板路和武吉哥拉容等更是在前朝政府的“零木屋区政策”下面临一场又一场的梦魇。

过去几个月的豆蔻村风波,不排除会在雪兰莪州重演,进而引发争议、冲突和对各方造成伤害。如何处理这个棘手问题,着实考验当政者、村民和公民社会的智慧。这不但检验新政府能否落实民主人权的理念,也挑战州政府制定“以民为主”而非亲利益集团的划一政策。

民权委员会认为,雪州木屋区的所有利益相关者有必要在逼迁成为事实前,启动对话和公共讨论,让各界集思广益和寻找可行方案,落实民主咨询文化,为制定良好公共政策铺路。

因此,我们将举办一个题为“雪州有多少豆蔻村?— 从豆蔻村风波,探讨雪州木屋区困境”的公共论坛。主讲人包括负责房屋和木屋区的雪州行政议员依斯干达,吉隆坡和雪州社会协会暨梳邦再也市议员陈约翰,巴生班达马兰巴板路搬迁委员会代表洪马再以及甘榜柏仁邦居民代表诺阿里占。主持人是雪隆社区协会协调员王泽钦。详情如下:

日期:2009930日(三)

时间:7:30pm

地点:隆雪华堂讲堂

语言:马来语或英语

欢迎公众踊跃出席,如有任何疑问,请联络隆雪华堂谢先生(03-22723519),谢谢。

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s