Pengalaman Ong Jing Cheng semasa ditahan

Pengalaman saya ditahan oleh pengawal keselamatan UM dan polis yang tidak profesional

Saya Ong Jing Cheng dan seorang kawan saya nama dia Yap Heng Lung telah ditahan ketika kami dalam perjalanan ke API (Akademik Pengajian Islam), Univerisiti Malaya untuk berjumpa kawan yang belajar di UM pada jam 8 malam, 12hb Julai 2009. Kami pergi dengan motorsikal tetapi rosak di kolam renang, pusat sukan, kami terus berjalan kaki ke destinasi. Kami disuruh oleh seseorang yang garang dan tidak beruniform, mengenali diri sebagai pengawal keselamatan di depan surau API (Akademik Pengajian Islam).

Pengawal bercakap dengan suara garang untuk meminta kad pengenalan saya. Saya berasa takut orang yang tidak kenal dan garang, saya cuba minta identiti dia, tetapi dia menunjuk identiti dengan menutup nombor dengan tangan, namanya Izaham. Oleh kerana dia menutup nombor, saya rasa lagi takut dan mahu terus masuk Akademik Pengajian Islam untuk berjumpa kawan, tetapi dia tidak benarkan kita jalan, selepas itu, dua orang yang tidak beruniform turut sampai, ini telah menyebab kami lagi takut.

Selepas itu, kawan kami Redzuan dan Aizat keluar jumpa kami, dan buktikan kami memang ada temujanji, tetapi kami tidak tahu apa sebabnya mereka masih cakap kami sebagai penceroboh. Saya rasa takut dan meminta bantuan polis dari balai polis lembah pantai. Tidak lama kemudian, polis beruniform datang dengan kereta polis, mereka meminta kad pengenalan kami, kami terus beri dan bekerjasama dengan polis, termasuk membuka beg untuk polis.

Seterusnya kami dibawa ke tempat letak motosikal kami, saya ditanya polis tentang lakaran memorandum bertajuk jadikan jaya raya kami selamat (Making Our Streets Safe) yang terdapat di bakul motosikal saya bawa, dimana menulis kepada Perdana Menteri Najib, Kementerian Dalam Negeri dan ketua polis. Walaupun saya telah menjawab kepada polis itu ialah kertas untuk mengelap kotoran motosikal, dan saya telah menggunakan untuk rantai motor, penuh dengan minyak hitam.

Apabila kami dibawa ke balai polis, kita mendapati polis memang tidak profesional. Kami ingin melaporkan situasi yang telah berlaku tetapi tidak dibenarkan. Polis pula menahan kami atas laporan yang dibuat oleh Izaham. Ini adalah dwistandard. Melapor kepada polis adalah hak asasi setiap manusia.

Setelah kami ditahan, kami diminta tanda tangan satu dokumen tanpa penjelasan, tapi apabila saya baca, ini ialah documen yang penafian hak-hak untuk mendapatkan bantuan peguam, dan nasib baik peguam telah sampai di balai polis dan menyuruh saya tidak tanda tangan juga. Bantuan peguam juga sebagai hak asasi seorang manusia.

Ketika pegawai inspektor (IO) suruh polis membawa kami ke lokap, kami meminta buat laporan polis, dia cakap kami buat buat laporan polis esok pagi. Tetapi hari esok iaitu 13hb Julai, kami terus dibawa ke Majistret untuk meminta sambungan. Kami diminta disambung 4 hari oleh pihak polis atas nama tidak bekerjasama dengan polis. Adakah tidak menanda tangan surat penafian hak-hak mendapat bantuan peguam ialah tidak bekerjasama? Akhirnya kami disambung 2 hari.

Selepas balik dari majistret, kami terus dibawa kepada balai polis brickfield dan tidak diberi makanan tengah hari. Kami meminta makanan tengah hari, tetapi polis cakap tiada makanan di balai polis brickfield, makanan hanya dibekal di lokap. Kami dibawa ke balai polis brickfield adalah diambil keterangan oleh pegawai inspektor (IO). Waktu tu saya meminta teman peguam untuk mengambil keterangan, tetapi tidak dibenarkan atas sebab malam 12hb julai kami sudah jumpa. Ahkirnya kami masih memberi keterangan.

Pada 14hb Julai pagi, kami dibawa untuk berjumpa cawangan khas, kami diasingkan dalam soal siasat. Mereka menanya saya maklumat peribadi, akli keluarga ada terlibat dalam mana-man politik parti. Selain itu, mereka nampak macam sangat tertarik dengan sebab saya jumpa kawan saya Redzuan. Oleh kerana itu hak peribadi, saya tidak memberi tahu.

Selain itu, mereka juga memberi keterangan tentang perhimpunan menyalakan lilin (candle light vigil) ini ialah budaya kristian, saya disuruh google good Friday untuk maklumat yang lebih lanjut. ISA ialah akta yang perlu untuk menjaga keamanan, tetapi ISA ialah akta yang terakhir untuk digunakan, dan memberi nasihat supaya tidak menghadir himpunan mansuhkan ISA pada 1hb Ogos ini. Kalau hadir, kemungkinan besar akan masuk balik lokap.

Atas usaha yang dibuat oleh orang ramai termasuk rayuan segera (urgent appeal), menelefon pegawai inspektor (IO) kami dan perhimpunan menyalakan lilin (candle light vigil) pada 13hb Julai malam, kami telah dibebaskan tanpa bersalah. Saya tengah fikir, polis yang profesional harus menyiasat dan mendapat bukti barulah menagkap, tetapi kami telah ditangkap baru disiasat, ini telah menyebabkan kami ditahan 2 hari, kehilangan kebebasan 2 hari. Polis harus lebih profesional ialah menyiasat sebelum menangkap supaya rakyat tidak ditahan bersia-sia.

Selain itu, polis juga menangkap pembantu siasat sekali apabila menangkap orang yang disyaki. Terdapat beberapa kes dalam lokap yang kami jumpa. Seorang didapati memilik dadah maka empat orang lagi teman serumah juga ditahan. Kami juga menampak satu kes dimana seorang budak disyaki mencuri, tetapi nenek, ibu dan 5 kanak-kanak lagi juga ditahan termasuk seorang yang berumur 1 tahun. Saya berasa kesian atas kejadian yang saya nampak.

Di samping itu, kedua-dua malam saya dalam lokap, kami berjumlah 20 lebih orang tidur dalam satu ruang yang kecil, dan saya terpaksa tidur dekat dengan tempat buang air kencing, mandi dan bedak. Pengaliran air itu tersumpat, bau memang cukup kuat dalam lokap itu.

Sebelum kami dibebas, polis meminta maaf dengan kami, dan bagi tahu mereka bukan orang yang suka menangkap orang, saya rasa kemungkinan besar mereka juga mengikut arahan atas yang sangat mengambil berat tentang kawan yang saya mahu jumpa iaitu Redzuan, Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa, dan lakaran memorandum kepada Perdana Menteri baru kami, YAB Najib yang baru dapat kuasa 100 hari pada 11hb Julai. Seorang lagi pegawai inspektor (IO) bagi tahu API (bukan Adademik Pengajian Islam) panas pada malam Ahad yang saya ditahan, saya sempat jumpa dia pada hari yang dibebas iaitu 14hb Julai, tetapi dia tidak jawab soalan saya, api siapa panas?

Ong Jing Cheng
Secretary of Administration
Malaysia Youth And Students Democratic Movement(DEMA)
012-7583779

2 thoughts on “Pengalaman Ong Jing Cheng semasa ditahan

  1. Pingback: Pengalaman Ong Jing Cheng Di Lokap Polis !!! « Dewan Pemuda PAS Sarawak

  2. Pingback: jelas.info » Ong Jing Cheng & Yap Heng Lung’s Ordeal: Denied food, conned about Good Friday & candlelight vigils, grandmothers & 1 yr old’s in lockup

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s