Desak gugur kes 3 pelajar UUM kena tindakan disiplin

source:http://www.malaysiakini.com/news/99217

versi bahasa cina:http://www.malaysiakini.com/news/99231

Jimadie Shah Othman | Feb 27, 09 2:37pm

Tinggal lagi 48 jam, golongan mahasiswa diseru merayu kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) supaya menggugurkan kes tiga pelajarnya yang didakwa bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selepas membantah kenaikan tambang bas kampus.

“Kami harap mahasiswa dan orang ramai dapat menandatangani rayuan segera sebagai tekanan kepada universiti supaya menggugurkan tuduhan terhadap mereka (tiga mahasiswa yang didakwa).

“Kami juga meminta mereka turun beramai-ramai ke UUM pada tarikh perbicaraan (Isnin depan) untuk memberikan sokongan kepada mereka,” kata penyelaras kampus Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malasia (Dema), Lau Wai Seng.

uumTiga mahasiswa UUM – Choo Kok Wei, Medecci Lineil Repong dan Tengku Mohd Hasrul Tengku Malek – dipanggil untuk tindakan tatatertib di Bangunan Canselori.

Tengku Mohd Hasrul, yang pernah mengetuai jawatankuasa bantahan tersebut, menghadapi tuduhan berbeza iaitu mengkritik pegawai tinggi UUM melalui satu tulisan di blog peribadinya.

Selain Dema, wakil-wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) yang hadir dalam sidang media di Kuala Lumpur turut menyokong gesaan tersebut.

Menjelaskan kempennya itu, Lau berkata, Dema telah memulakannya sejak kelmarin dengan mengedarkan contoh surat rayuan ke seluruh universiti di Malaysia.

Surat rayuan tersebut dialamatkan kepada Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi dengan salinan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin.

Ia mendesak UUM menggugurkan pertuduhan terhadap tiga mahasiswa berkenaan serta menggesa kontrak perkhidmatan bas antara UUM dan syarikat pengendali Unic Symbol Sdn Bhd (UNIC) didedahkan kepada umum.

Pengerusi Dema, Ng Yong Jin berkata, setakat ini, seramai 230 mahasiswa di UUM telah menghantar surat gesaan tersebut.

Sementara itu, mengulas kenyataan Mohamed Khalid semalam yang dilaporkan tidak akan campur tangan dalam kes itu, Lau menyifatkan menteri berkenaan sebagai “tidak bertanggungjawab” dan mengeluarkan kenyataan yang “tidak wajar”.

Menurutnya, kaedah tatatertib yang digunakan oleh UUM mendapat kuasa oleh AUKU. Oleh itu, tambahnya, jika menteri memainkan peranan meminda akta tersebut, masalah tidak akan timbul.

Choo, Medecci dan Tengku Mohd Hasrul antara 10 pelajar yang terlibat dalam jawatankuasa khas memantau harga tambang bas di kampus di Sintok itu.

Jawatankuasa itu ditubuhkan bulan lalu selepas mahasiswa membuat bantahan melalui petisyen dalam talian berhubung kenaikan tambang bas di universiti berkenaan daripada RM0.40 sen untuk satu destinasi kepada RM0.55.

Tujuh lagi mahasiswa yang menganggotai jawatankuasa itu setakat ini tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s