Pendirian 17 Kumpulan Mahasiswa berkenaan Tindakan UUM Mendakwa Saudara Choo Kok Wei

17 kumpulan mahasiswa mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak pentadbiran Universiti Utara Malaysia mendakwa saudara Choo Kok Wei , pelajar tahun tiga di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) atas dakwaan merancang bantahan dalam laman web dan siaran akhbar berhubung isu kenaikan harga tambang bas di UUM. Malah 17 kumpulan mahasiswa ini menganggap tindakan tersebut sebagai tidak adil dan tidak munasabah.

17 Kumpulan Mahasiswa ini berpendirian bahawa tindakan saudara Choo Kok Wei adalah wajar memandangkan penyedia perkhidmatan bas di UUM, Unic Symbol Business Sdn Bhd dengan kebenaran pihak universiti telah menaikkan tambang bas tanpa mengadakan perundingan dengan pelajar. Tindakan beliau merancang bantahan dalam laman web dan siaran akhbar serta mengemukakan petisyen tersebut kepada Timbalan Naib Canselor, Y Bhg. Tan Sri Dr. Nordin Kadir,Ph.d bertepatan dengan prinsip-prinsip demokrasi. Tindakan pihak UUM mendakwa Choo Kok Wei di bawah AUKU yang bersifat opresif dan represif jelas menunjukkan pihak universiti telah menindas hak kebebasan besuara serta sifat autokratik pihak universiti.

Reaksi pihak universiti yang keterlaluan terhadap saudara Choo Kok Wei telah membangkitkan kecurigaan serta kemungkinan wujud unsur-unsur tidak jujur dalam pemeteraian kontrak antara penyedia perkhidmatan bas dan pihak universiti. Tindakan pihak Kementerian Kerja Raya yang memastikan semua kontrak serta urusan yang berkaitan bersifat telus wajar diikuti oelh pihak universiti. Malah, pihak universiti sewajarnya mendedahkan kepada umum isi kandungan kontrak tersebut agar pemantauan dapat dilakukan.

17 Kumpulan Mahasiswa ini turut menyeru agar semua pihak memastikan saudara Choo Kok Wei menjadi mangsa pihak universiti bagi serta menjadikan kes beliau sebagai amaran kepada para pelajar dan seterusnya menanamkan rasa takut dalam kalangan pelajar. Justeru, kumpulan mahasiswa ini mengajak semua pihak agar memberi sokongan kepada saudara Choo Kok Wei pada 25 Febuari 2009 (Rabu),9 pagi di Bilik Mesyuarat Sri Deliama,Tingkat 5, Bangunan Canselori.

17 Kumpulan Mahasiswa sekali lagi menuntut agar Akta Universiti Kolej Universiti dimansuhkan dan digantikan dengan satu akta yang menjamin kebebasan akademik, ketuanan kampus serta autonomi mahasiswa dan universiti.

Disokong Oleh,

1. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

2. Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA)

3. Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA)

4. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

5. Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)

6. Pro-Mahasiswa Nasional (PMN)

7. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

8. University Malaya Association of New Youth (UMANY)

9. Kesatuan Pelajar Kolej New Era (NEC)

10. Gerakan Mahasiswa Maju Universiti Utara Malaysia

11. Gerakan Mahasiswa Maju Universiti Sains Malaysia

12. Gerakan Mahasiswa Maju Universiti Putra Malaysia

13. Persatuan Bahasa Cina Universiti Utara Malaysia

14 . Persatuan Bahasa Cina Universiti Sains Malaysia

15. Persatuan Bahasa Cina Universiti Putra Malaysia

16. Gerakan Mahasiswa Maju Kolej Era Baru

17. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s