[Malaysiakini] Rumah aktivis pro-Mahasiswa UM digeledah polis

 

source: http://www.malaysiakini.com/news/96555

Abdul Rahim Sabri | Jan 16, 09 11:09am

Rumah aktivis pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) telah digeledah oleh polis malam tadi, dipercayai berhubung laporan polis Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris, menafikan dakwaan beliau mengeluarkan surat menawarkan kepada seorang calon untuk bertanding bagi pihak universiti.

Selasa lalu, calon berkenaan – Shah Rizul Ayuni Zulkiply – membuatlaporan polis di balai polis Pantai, berhubung surat tersebut yang turut disertai wang tunai RM100. Surat ini mempunyai tandatangan Dr Azarae.

police raid pro m house universiti malaya campus polls 160109Ketika dihubungiMalaysiakini, seorang aktivis terbabit, Hasbie Muda berkata kira-kira 20 anggota polis, tujuh daripadanya berpakaian biasa, tiba kira-kira jam 10.30 malam tadi untuk menggeledah rumah mereka di Seksyen 12 Petaling Jaya.

Anggota polis berkenaan tiba dengan menaiki dua buah van polis, sebuah kereta peronda dan empat buah kereta biasa.

Katanya, kira-kira 35 orang aktivis pro-Mahasiswa, termasuk beberapa pimpinan pelajar berada di situ untuk mengecat dan menyiapkan kain rentang untuk tujuan berkempen dalam pilihanraya kampus yang dijadual berlangsung Isnin depan.

“Ketika sibuk mengecat dan menyiapkan kain rentang, mereka menyedari kehadiran polis,” kata Hasbie yang juga mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi lepas.

Katanya, empat anggota polis berpakaian biasa memasuki dan menggeledah rumah tersebut.

Operasi itu mengambil masa selama satu setengah jam dan polis merampas dua komputer riba milik dua mahasiswi yang berada di rumah tersebut. Tiada tangkapan dibuat.

Berikutan itu, mereka sedang berbincang untuk mengadakan tindakan selanjutnya. 

Hasbie mendakwa, pihak polis tidak menunjukkan sebarang waran untuk memasuki rumah mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s