[Malaysiakini] Pro-Aspirasi kekal di UKM, tapi kerusi merosot

source: http://www.malaysiakini.com/news/96583

Jimadie Shah Othman | Jan 16, 09 2:32pm

Kumpulan pro-Aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengekalkan penguasaannya dalam pilihanraya kampus universiti berkenaan apabila menang 21 daripada 34 kerusi yang dipertandingkan.

Sumber-sumber pentadbiran UKM memberitahu, calon kumpulan yang cenderung kepada kerajaan itu menang lapan kerusi umum dan 13 kerusi fakulti yang dipertandingkan.

Pilihanraya kampus di UKM mempertanding 23 kerusi fakulti dan 11 kerusi umum. 

Sebuah lagi kerusi di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina masih tertangguh ekoran pembatalan kemenangan awal calon pro-Mahasiswa kerana didapati tidak memenuhi syarat layak bertanding.

Urusetia pilihanraya UKM dilaporkan membatalkan kemenangan tanpa bertanding seorang calon Norliana Yusak selepas penamaan calon Khamis minggu lalu.

Bagaimanapun, berdasarkan jumlah kerusi yang diperoleh pro-Aspirasi, ia jelas menunjukkan kemerosotan penguasaan kumpulan itu di universiti berkenaan. 

Tahun lalu, pro-Aspirasi menang besar apabila berjaya di 30 kerusi yang dipertandingkan. Kumpulan itu hanya tewas empat kerusi sahaja.

Pengundian berjalan lancar

Keputusan penuh pilihanraya UKM diumumkan pada jam 11.30 malam tadi di dataran Pusat Komputer universiti itu oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Razak.

Malaysiakini difahamkan, kira-kira 100 penyokong pro-Aspirasi dan 200 penyokong pro-Mahasiswa berpakaian ungu setia menunggu sehingga tengah malam tadi untuk mendengar pengumuman dibuat.

Kira-kira 30 pengawal keselamatan pula mengawal keadaan bagi memastikan kelancaran proses pengiraan undi.

Seramai 12,784 calon atau 77.34 peratus daripada 16,426 yang layak mengundi, menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu. 

Sementara itu, ketua jentera pilihanraya kampus pro-Aspirasi, Shahrulnizam Samsuddin berkata, kemenangan itu sudah dijangkakan. 

Bagaimanapun, berdasarkan kemerosotan jumlah kerusi, pihaknya tidak menafikan pengaruh kumpulan musuh tradisi mereka semakin melebar.

Pengundian bermula jam 9 pagi dan akan tamat jam 5 petang semalam. Selepas itu, kertas undi dikira di fakulti sebelum disatukan jumlahnya di Pusat Komputer UKM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s