[Malaysiakini]Pro-Mahasiswa bantah pengendalian p’raya kampus UPM

 

source: http://www.malaysiakini.com/news/96474

Abdul Rahim Sabri | Jan 15, 09 12:49pm

Gabungan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia menghantar memorandum bantahan kepada pihak universiti berhubung pengendalian pilihanraya kampus UPM yang dijadualkan 19 Januari depan.

upm universiti campus polls pro mahasiswa protest on rules 150109 lau wai sengGabungan itu, yang diketuai oleh Lau Wai Seng, pergi ke pejbat Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Bagaimanapun, Dr Nik Mustapha tiada di pejabat. Berikutan itu, Lau menyerahkan memorandum tersebut kepada ketua bahagian komunikasi korporat UPM, Abdullah Arshad pada jam 10.30 pagi tadi.

Dalam memorandum itu, mereka membantah tujuh perkara membabitkan peraturan tatacara pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM bagi sessi 2008-2009.

Tujuh perkara tersebut ialah:

bullet buttonKempen yang akan berlaku pada hujung minggu, bukan pada hari bekerja.
bullet buttonPenafian hak kepada pelajar kursus perubatan, fakulti perubatan untuk menjadi calon pada pemilihan kali ini.

bullet buttonKaedah kempen yang sangata terhad (hanya melalui lisan).

bullet buttonPihak Jawatankuasa pilihanraya (JKP) mengambil alih fungsi jentera calon pilihanraya untuk menjalankan kempen rasmi (JKP yang akan menyediakan bahan dan menggantung poster dan kain rentang calon).

bullet buttonMenutup ruang kepada calon untuk menyampaikan kempen yang baik disebabkan oleh birokrasi yang diwujudkan di peringkat kolej dan fakulti.

bullet buttonMenutup ruang kepada pengundi untuk memilih calon yang berkelayakan sebagai pimpinan pelajar.

bullet buttonHanya pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan pihak universiti sahaja yang menguruskan pemilihan MPP, tanpa dipantau oleh mana-mana badan luar yang boleh dipercayai.

Penamaan calon bagi pilihanraya kampus UPM akan berlangsung esok.

upm universiti campus polls pro mahasiswa protest on rules 150109 01Menurut Lau lagi, satu majlis taklimat telah diadakan oleh JKP untuk calon dan pencadang calon.

Dalam majlis itu juga, katanya, mereka meminta penjelasan JKP berhubung penyebaran risalah yang mendakwa pelajar pro-Mahasiswa memboikot pilihanraya kampus.

Risalah itu ditampal dan diedarkan di kolej dan bilik kediaman pelajar.

Bagaimanapun, katanya, calon-calon pro-Mahasiswa menuduh kakitangan UPM yang mengedarkan risalah tersebut.

Sebaliknya, kata Lau, pihak JKP mendakwa kakitangan UPM han

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s