【Malaysiakini】TNC UM pula buat laporan polis

source: http://www.malaysiakini.com/news/96515

Abdul Rahim Sabri | Jan 15, 09 4:41pm

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pula membuat laporan polis semalam, menafikan dakwaan bahawa beliau mengeluarkan surat menawarkan kepada seorang calon umum untuk bertanding bagi pihak universiti.

Kelmarin, calon berkenaan – Shah Rizul Ayuni Zulkiply – membuatlaporan polis di balai polis Pantai, berhubung surat tersebut yang turut disertai wang tunai RM100.

Surat ini mempunyai tandatangan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, Prof Madya, Dr Azarae Idris.

dr azarae idrisManakala Dr Azarae (foto) pula membuat laporan di balai polis Brickfields pada kira-kira jam 12 tengahari semalam, untuk menafi yang beliau menandatangani dan mengeluarkan surat tersebut.

Dalam laporan tersebut, Dr Azarae menjelaskan empat perkara utama, iaitu.

bullet buttonBeliau tidak pernah menandatangan dan mengeluarkan surat tersebut.

bullet buttonKepala surat yang digunakan, adalah kepala surat lama.

bullet buttonNombor rujukan pada surat berkenaan, bukan nombor rujukan rasmi pejabat beliau.

bullet buttonNamanya pada tidak lengkap bersama gelaran ‘Datuk’.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Azarae berkata, berdasarkan empat perkara tersebut, ternyata ia adalah satu fitnah terhadapnya.

“Maka saya membuat laporan polis tersebut untuk membersihkan nama saya,” katanya.

Ditanya sama ada siasatan dalaman akan dijalankan oleh pihak universiti bagi mengesan mereka bertanggungjawab melakukannya, Dr Azarae berkata, pihaknya tidak berkemampuan untuk berbuat demikian.

Lagi pula, katanya, pihak pengawal keselamatan juga sibuk dengan tugas-tugas berkaitan dengan pengendalian pilihanraya kampus di UM.

Dr Azarae berharap agar pihak polis dapat menyiasatkan perkara itu bagi mengetahui siapakah dalang yang cuba mencemarkan nama beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s