[Malaysiakini]PKPIM bantah istilah pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa…

source: http://www.malaysiakini.com/news/96326

Jimadie Shah Othman | Jan 13, 09 11:38am

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menganggap penggunaan label pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa bagi kumpulan pelajar yang bertanding dalam pilihanraya kampus di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebagai “tidak sihat dan merosakan perjuangan gerakan mahasiswa”.

Sebaliknya, PKPIM berpendapat adalah lebih baik kumpulan yang bertanding itu dikenali mengikut persatuan dan organisasi yang dianggotai mereka iaitu We Unite For Islam (Wufi), Wawasan-GPMS dan calon PKPIM.

Media selama ini menggunakan istilah pro-Aspirasi merujuk kepada Wawasan-GPMS dan pro-Mahasiswa terhadap Wufi, manakala PKPIM pula dianggap pihak ketiga dalam pilihanraya kampus di UIA.

khairul anuar musa pkpim“(Amalan) menggunakan gelaran Pro-Mahasiswa memperlihatkan seolah-olah wujudnya hanya satu kelompok yang memperjuangkan mahasiswa,” kata exco antarabangsa PKPIM, Khairul Anuar Musa. 

Khairul yang juga anggota badan pemantau pilihanraya kampus UIA yang ditubuhkan PKPIM berkata seharusnya pilihan kampus tidak mengikut rentak politik luar, yang sifatnya adalah hitam dan putih.

“Sesiapa sahaja di kalangan mahasiswa yang mendokong idelisma gerakan mahasiswa, seharusnya layak untuk bertanding. 

“Pemilihan pimpinan dalam pilihanraya kampus berdasarkan merit dan kebolehan untuk memimpin bagi mahasiswa, bukan bendera mana yang dipegang,” katanya.

Universiti itu akan mengadakan pilihanraya kampus pada 19 Januari depan.

Pada awalnya, pilihanraya kampus UIA dijadual diadakan pada 15 Januari sebelum tarikh dipinda kepada 19 Januari.

Ekoran itu, kumpulan Wufi dilaporkan mengesyaki tindakan itu bertujuan untuk menghalang mahasiswanya daripada terlibat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Pilihanraya kampus di UIA kali ini akan menyaksikan perebutan 29 kerusi – 24 kerusi fakulti, lima kerusi antarabangsa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s