[Malaysiakini]Kemenangan pro-Mahasiswa di UKM dibatalkan…

source: http://www.malaysiakini.com/news/96335

Abdul Rahim Sabri | Jan 13, 09 12:49pm

Urusetia pilihanraya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membatalkan kemenangan tanpa bertanding seorang calon pro-Mahasiswa bagi kerusi Fakulti Kejuruteraan selepas penamaan calon Khamis lalu.

Kemenangan calon tersebut – Norliana Yusak – dibatalkan kerana melanggar syarat layak bertanding dalam pilihanraya kampus.

Sebelum ini dilaporkan bahawa kumpulan pro-Mahasiswa di UKM telahmenang tanpa bertanding di empat kerusi – tiga kerusi kerana tiada calon pro-Aspirasi dan satu lagi kerana kertas pencalonan calon pro-Aspirasi ditolak.

Tiga lagi kerusi yang dimenangi oleh kumpulan pro-Mahasiswa adalah satu di Fakulti Kejuruteraan dan dua lagi di Fakulti Pengajian Islam.

Sebanyak 11 kerusi umum dan 23 kerusi fakulti dipertandingkan dalam pilihanraya kampus UKM Khamis ini.

Bagaimanapun, sumber-sumber universiti memberitahu Malaysiakini bahawa kemenangan pro-Mahasiswa bagi kerusi Fakulti Kejuruteraan itu dibatalkan kerana calonnya tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk bertanding dalam pilihanraya kampus.

Menurut sumber-sumber itu, setiap calon yang ingin bertanding disyaratkan supaya mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurang dua semester.

Bagaimanapun, katanya, calon pro-Mahasiswa bagi Fakulti Kejuruteraan itu didapati adalah pelajar tahun empat yang dijadual tamat pengajian April depan.

Berikutan itu, kata sumber-sumber tersebut, kemenangan tanpa bertanding itu dibatalkan dan kerusi tersebut dikosongkan.

Ditanya mengenai kedudukan kerusi tersebut, sumber-sumber berkata, ia terserah kepada budibicara naib canselor sama ada untuk membuat pilihan semula atau membuat lantikan terus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s