[malaysiakini]: 44 lagi pengayuh Jerit ditahan polis

44 lagi pengayuh Jerit ditahan polis

Jimadie Shah Othman | Dec 10, 08 2:02pm
dikemaskini

Belum habis dakwaan gangguan polis diadukan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), 44 lagi peserta “Rakyat Pengayuh Perubahan” ditahan di sebuah balai polis dekat Ipoh.

Penyelaras penganjur program itu Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Y Kohila berkata, ketika kumpulan ini dalam perjalanan dari Sungai Siput ke bandar itu, polis membuat sekatan jalan raya di depan balai Kanthan, Chemor.

jerit suhakam memo on ride for change 101208 02Berdasarkan makluman terkini daripada temannya, Kohila mendedahkan penahanan terbaru itu ketika menyampaikan aduannya kepada pesuruhjayanya Datuk Siva Subramaniam.

Kohila berkata, kumpulan aktivis yang ditahan itu diminta mengisi borang dan ditanya sama ada mereka menyertai geng atau kongsi gelap tertentu.

Malaysiakini difahamkam, pengayuh basikal itu ditahan pada 12.00 tengah hari dan dibebaskan 40 minit kemudian.

Kohila menambah, mereka kini meneruskan perjalannya ke Ipoh dan akan disambut oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin esok

Mereka bergerak mulai jam 10 pagi tadi.

Semalam polis menahan 10 peserta kumpulan berbasikal Jerit di Taiping serta Kuala Kangsar (Perak) dan Segamat, Johor – menjadikan jumlah semuanya 76 orang dalam enam hari sejak Jumaat lepas (lihat carta di bawah).

Lapan buah basikal mereka dibakar sewaktu berhenti tidur di Yayasan Aman, Penanti dalam kawasan parlimen Permatang Pauh kelmarin.

Penyelaras Jerit itu kemudian menyampaikan memorandum lima muka surat kepada Suhakam yang mendakwa polis mengganggu program itu dengan cara mensabotaj, menghentikan, mengugut, menahan dan mengasari para peserta.

Menurut memorandum itu, walaupun program “Rakyat Pengayuh Perubahan” telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tetapi tiada jawapan diterima.

bm version jerit ride for change events 101208

NGO itu menuntut Suhakam menyiasat dakwaan gangguan pihak berkuasa itu terhadap para aktivisnya.

“Perbuatan ini (gangguan polis) menghancurkan hak rakyat Malaysia (untuk) menganjurkan satu program secara aman. Ini bukan demonstrasi, ini adalah konvoi basikal,” dokumen itu dipetik.

Kohila mendakwa, tindakan mereka mengayuh basikal bukanlah suatu jenayah.

Tambahnya, program itu bukanlah gerakan bawah tanah yang penuh rahsia kerana ia disokong oleh empat kerajaan negeri – Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

jerit suhakam memo on ride for change 101208 01Mengulas aduan itu, Siva berkata, Suhakam telah menerima beberapa aduan berhubung program Jerit tersebut, termasuk dakwaan seorang aktivis wanita diraba oleh anggota polis di Kuala Kangsar semalam.

Katanya, Suhakam telah menghubungi polis Perak dan meminta dakwaan serius itu disiasat. Tambahnya, polis memberi jaminan ia akan disiasat dan diambil tindakan.

Pesuruhjaya itu berkata, aduan-aduan dalam memorandum Jerit itu akan disemak oleh Suhakam dengan polis.

“Saya akan periksa dengan pihak polis. Kita telah menerima laporan sejak dari awal. Tindakan itu tidak mencerminkan tindakan sikap semua anggota polis. Sebab itu, di Taiping tiada masalah. Ia perlu sisatan penuh,” katanya.

Ditemui Malaysiakini selepas majlis penyerahan aduan itu, Siva menjangkakan maklum balas itu boleh diperoleh dalam tempoh seminggu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s