[malaysiakini]: Pengundian 17 Jan di Kuala T’ganu

Pengundian 17 Jan di Kuala T’ganu
Dec 5, 08 11:40am

dikemaskini

Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu ditetapkan pada 6 Januari ini dan pengundian pula pada 17 Januari, dengan 11 hari berkempen, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

“Penetapan tarikh ini dilakukan dengan mengambil kira dan meneliti pandangan pelbagai pihak, termasuk ramalan Jabatan Kajicuaca yang mengatakan Terengganu akan berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dalam masa terdekat,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

“17 Januari ialah tarikh yang sangat sesuai kerana ia memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat untuk melakukan persediaan rapi, khususnya parti-parti yang akan bertanding dalam menentukan calon yang sesuai.”

Tambahnya, daftar pemilih yang digunakan kali ini diperakui dan disahkan semula semalam dan diwartakan hari ini.

kuala terengganu parliament seat by election 2008 051208Ia mengandungi 80,229 pemilih berdaftar, termasuk 1,035 pemilih pos, kata Wan Ahmad.

Beliau juga mengumumkan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Razali Kassim dilantik sebagai pegawai pengurus pilihanraya, bersama enam penolong pegawai pengurus.

SPR membenarkan kehadiran wakil NGO pemantau pilihanraya Mafrel untuk meneruskan pemerhatian dengan syarat yang ditetapkan suruhanjaya itu.

Beliau berkata pemantau hanya dibenarkan berada di pusat mengundi pada hari pengundian dan mereka sama sekali dilarang memasuki saluran pengundian dengan hujah undang-undang tidak membenarkan sesiapa sahaja masuk ke dalam saluran pengundian kecuali petugas pilihan raya, ejen calon, pengundi, anggota SPR dan mereka yang dibenarkan oleh sahaja.

“Kita masih membenarkan Mafrel membuat pemantauan seperti pada pilihanraya umum ke-12, (8 Mac) dan pilihanraya kecil Permatang Pauh, (26 Ogos) tapi syarat tu ketat kerana kita tak mahu kelancaran urusan perjalanan pilihanraya diganggu,” tegas Wan Ahmad.

Sewaktu soal jawab, beliau berkata dakwat tidak mudah padam di jari pengundi, seperti yang pernah dijanjikan akan diamalkan oleh SPR, tidak akan dilaksanakan dalam pilihanraya ini.

Pilihanraya kecil itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, yang juga timbalan menteri pelajaran, Jumaat lepas.

Wakil rakyat BN itu menewaskan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dengan majoriti tipis, 628 undi.

Wan Ahmad menambah, tarikh writ dan notis pilihanraya kecil itu dikeluarkan pada 7 dan 21 Disember ini.

Berita berkenaan: Calon tepat penentu kemenangan BN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s