Buka kaunter cetak slip ‘exam’ percuma, ProM disambut

[SUMBER]: Pro-M USM

Buka kaunter cetak slip ‘exam’ percuma, ProM disambut

FOYER DK USM | Atas semangat kebajikan, Unit Sukarelawan ProM telah membuka Kaunter Perkhidmatan Cetak Slip Menduduki Peperiksaan secara percuma seawal jam 10.00 pagi di sini.

Kami melihat aktiviti kebajikan mahasiswa seumpama ini perlu (dibuat). Semester ini, slip peperiksaan hanya boleh didapati melalui akses-cetak dari internet. Sebelum ini, slip tersebut boleh didapati secara langsung dari Dewan Peperiksaan Utama (DUP),” Pengarah Bersama Kaunter Perkhidmatan ProM, Sdri. Siti Hajar Hassan.

Sdri Siti Hajar juga memaklumkan bahawa pihaknya sedang mempertimbang untuk membuka dua tiga kaunter lagi di beberapa Pusat Pengajian dan School lain, sekiranya lebih ramai lagi Sukarelawan sudi turut-serta tambah-tambah pada musim ulangkaji seperti sekarang.

Beliau juga mencadangkan pihak berwajib menyediakan manual mendapatkan slip peperiksaan secara online pada masa akan datang demi memudahkan mahasiswa mencetak slip peperiksaan masing-masing.

Setakat ini, sambutan menggalakkan walaupun sekali sekala wireless terputus. Mahasiswa sanggup bersabar kerana mereka tahu masalah wireless ini dihadapi oleh semua mahasiswa USM,” Pengarah Bersama II Kaunter Perkhidmatan ProM, Sdr. Yap Heng Lung.

Sdr. Heng Lung juga berharap pihak berwajib menilai semula kebolehupayaan sistem wireless Universiti agar mahasiswa mudah mengakses internet dan mencetak slip peperiksaan pada masa hadapan.

ProM juga merakamkan ucapan terima kasih kepada seorang Pensyarah Kanan  yang kebetulan lalu-lalang di sini kerana beliau sudi memberi pinjam broadband celcom sepanjang aktiviti ini berlangsung apabila beliau mendapat tahu Sukarelawan sedang menghadapi masalah teknikal, mengakses internet di sini.

ProM memaklumkan bahawa kaunter perkhidmatan ini akan dibuka sehingga Jumaat minggu ini.

ProM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak berwajib kerana membenarkan aktiviti sukarelawan ProM ini.

ProM juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menempuhi Musim Peperiksaan Akhir Semester. Semoga seluruh mahasiswa memperoleh kecemerlangan kelak. -END

Berita Bergambar

Gambar 1                               Gambar 2

Gambar 3                               Gambar 4

Penjelasan Gambar:

Gambar 1: Kaunter service ProM menerima sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa-mahasiswi.

Gambar 2: Gambar Sukarelawan ProM yang terdiri oleh mahasiswa pelbagai bangsa. Bangsa Melayu ada. Bangsa Cina ada. Bangsa India pun ada. Macam-macam ada kerana ProM menolak politik cauvenisme Melayu.

Gambar 3: Seorang Sukarelawan ProM sedang asyik menjelaskan bagaimanakah untuk mengakses portal Kampus Sejahtera sekiranya seseorang terlupa password kepada seorang pengunjung yang hadir.

Gambar 4: Wireless tiba-tiba down. Sukarelawan ProM cuba menyelesaikan masalah teknikal akses internet sebaik mungkin demi memulihara kebajikan mahasiswa USM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s