2 pelajar cemerlang UPM dibuang kolej

http://www.malaysiakini.com/news/91397

kemaskini 8:19pm Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) dibuang daripada kolej kediaman kira-kira seminggu sebelum peperiksaan akhir semester bermula.

Pelajar wanita, kedua-duanya mencapai keputusan CGPA 3.5 mata, diarahkan meninggalkan Kolej Tun Perak mulai semalam, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.

Mereka menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan rasmi pelajar cemerlang. Peperiksaan akhir mereka bermula Selasa depan.

UPM menyatakan, kedua-duanya berada di kolej itu “secara tidak sah” dan “tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej”.

Mereka berdua, seorang daripadanya exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, diarahkan mengosongkan bilik kediaman mereka di Blok Lekir mulai 10 pagi.

“Jika saudari mengingkari arahan ini, saudari boleh boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pihak kolej berhak menyita barang-barang di dalam bilik tersebut,” surat pengetua kolej berkenaan Prof Madya Dr Jasni Sabri bertarikh 14 Oktober dipetik.

Malaysiakini belum berjaya mendapatkan reaksi pihak kolej dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu.

Difahamkan, kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.

Hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej, mereka akhirnya dibenarkan tinggal.

Namun, Jumaat minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah “disita” oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.

Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.

Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.

Kedua-dua pelajar perempuan itu kini menumpang di sebuah rumah rakan di Seri Serdang.

Sewaktu memindahkan barang-barang mereka, seorang pegawai HEP  didakwa memperlekehkan kedua-duanya dengan berkata “tidak guna bersembahyang jika tidak membayar yuran kolej.”

Sejurus kemudian, selepas menyemak status pembayaran yuran kediaman mereka dengan Pejabat Bendahari, kedua-dua terkejut apabila didapati pembayaran telah dibuat pada 10 Julai lalu, sewaktu mereka mula menetap di kolej tersebut, tetapi dibatalkan keesokannya tanpa pengetahuan mereka.

Sumber-sumber memberitahu lagi, ketika kedua-duanya mengangkut keluar barang-barang milik mereka, beberapa anggota ‘Geng Harimau Maut’ dan kakitangan HEP berada di tempat kejadian.

‘Geng Harimau Maut’ gelaran bagi sekumpulan pelajar UPM yang didakwa sering membuat kacau di universiti itu menjelang dan semasa pilihanraya kampus.

Universiti itu dijangka mengadakan pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar awal tahun depan.

Lebih kurang lima anggota ‘Geng Harimau Maut’ didakwa hendak memberi tekanan kepada dua pelajar wanita tersebut.

One thought on “2 pelajar cemerlang UPM dibuang kolej

  1. PERINGATAN HARI KIAMAT DARI AL-MASIH

    ————————————————–

    ( SULIT DAN PERSENDIRIAN )

    Salinan kepada:

    Yang Di Pertuan Agong Malaysia ( Baginda Sultan Mizan )

    Pejabat Istana Negara ( u/p Ust. Abd Aziz, Ust. Abd Rahman)

    Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (u/p Mufti)

    Pejabat Perdana Menteri Malaysia

    —————————————————

    JUMAAT 3 OKTOBER 2008

    Sila layari http://www.layarbahtera.com . Terima Kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s