[Malaysiakini] Kecoh, pelajar dilarang sertai forum AUKU

Jimadie Shah Othman | Aug 28, 08 2:53pm http://www.malaysiakini.com/news/88749

Beberapa puluh mahasiswa dihalang daripada menyertai forum yang membincangkan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam tadi.

Mereka dilarang masuk oleh pengawal keselamatan kerana tidak mematuhi kod pakaian pelajar universiti berkenaan dan tidak menggantung kad pelajar masing-masing. Forum tersebut hanya untuk pelajar UKM sahaja

Sebahagian daripada mereka yang terdiri daripada pelajar UKM, dibenarkan masuk kemudiannya selepas mereka balik menukar pakaian.

Manakala penganjur program itu – Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi – pula terpaksa membelikan tali kad untuk membolehkan pelajar terbabit menggantung kad pelajar masing-masing.

Bagaimanapun, sumber-sumber yang menyaksikan kejadian itu memberitahu Malaysiakini bahawa sebahagian lagi yang terdiri pelajar dari universiti lain, tidak dibenarkan menghadiri forum tersebut.

Sejurus kemudian, pengawal keselamatan kelihatan ‘menghalau’ mereka yang tidak dibenarkan masuk itu, supaya beredar dari Dewan Anuar Mahmud -tempat forum itu berlangsung.

Malaysiakini difahamkan sebahagian mereka mewakili Gerakan Mansuhkan AUKU (GMMA).

Ahli penal bagi forum tersebut terdiri daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron; Pengarah Strategik PKR, Saifudin Nasution, Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Abdullah Karim dan seorang pensyarah undang-undang universiti itu.

Kolar direntap

Di dalam dewan pula, mantan Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syeikh Omar Ali bangun meminta timbalan menteri berkenaan membenarkan semua pelajar masuk untuk menghadiri dan menyertai forum tersebut.

Ketika itu forum tersebut baru 10 minit bermula dan Idris sedang bercakap menerangkan mengenai pindaan terhadap AUKU. Forum itu bermula jam 9 malam.

Bagaimanapun, Syeikh Omar telah dikasari apabila bahagian kolar bajunya direntap oleh seorang pegawai keselamatan UKM.

Selepas itu, empat lagi anggota pengawal keselamatan, termasuk seorang pegawai, datang lalu menarik dan memaksa Syeikh Omar supaya duduk.

Ternyata ahli-ahli panel, termasuk Idris sendiri, kelihatan terperanjat dengan kejadian tersebut.

Manakala pengatur bicara forum tersebut meminta Syeikh Omar supaya jangan menganggu perjalanan majlis tersebut.

Dalam reaksinya pula, Idris berkata beliau tidak berbuat apa-apa kerana beliau bukan penganjur forum tersebut, dan meneruskan ucapannya.

Kemudiannya, menurut sumber-sumber itu lagi, Saifuddin dalam ucapannya berkata bahawa ketika beliau di universiti, para pelajar tidak dihalang untuk menghadiri forum seumpama itu.

Tidak puas hati

“Beliau juga menyokong supaya pelajar-pelajar terbabit dibenarkan masuk untuk menghadiri forum tersebut,” kata sumber-sumber itu lagi.

Menurut sumber-sumber itu lagi, tindakan melarang pelajar universiti luar menghadiri forum tersebut, dipercayai dibuat atas arahan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Datuk Dr Mohd Wahid Samsudin.

“Arahan tersebut diputuskan dalam mesyuarat tengah hari semalam antara TNC, pihak keselamatan, pegawai HEP walaupun dibantah oleh wakil mahasiswa,” kata sumber-sumber itu lagi.

Sumber-sumber dalaman pihak penganjur dan beberapa saksi mengesahkan perkara itu.

Forum berjudul “Pindaan AUKU: Mahasiswa menuju ke era baru” tamat hampir jam 11 malam.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Syeikh Omar berkata beliau tidak puas hati kerana Idris cuba mengelak dengan berkata “perkara ini di luar bidangnya kerana beliau bukan penganjur”.

“Sebagai timbalan menteri pengajian tinggi, kita tidak boleh terima jawapan itu,” katanya lagi.

Syeikh Omar bagaimanapun pegawai keselamatan yang menarik kolar bajunya “bersongkok, tidak berkaca mata, gemuk dan tinggi”.

One thought on “[Malaysiakini] Kecoh, pelajar dilarang sertai forum AUKU

  1. PKR的外围组织!!!!! 假惺惺的NGO!!!!

    民联只靠安华一个,除了他,还能靠谁?所以说,民联没大将,执政死得快。安华还没露出尾巴,别相信他.民联小小成绩是有的,可是这或许只是甜头,我们不能立刻给于厚望,不然久而久之,他们也会骄傲!

    安华是多面人,见温柔人讲温柔话,见极端人讲极端的民粹手段,到处有“粉丝”。

    民联 = Pakatan dengan PAS, PAS也争做首相!! NO to Pakatan yang pakat denagn PAS

    民联 = Pakatan dengan PAS, PAS也争做首相!! 公正党应该退出民联!!!

    民联一开始就已经烂!我们不必再去相信他们。 民联讲一套做一套,在槟州的最清楚他们的真面目!

    这就是民联 http://newkopitiam.com/forum/viewtopic.php?t=7654

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s