Pentadbir IPTA ‘lebih senduk daripada kuah’

Pentadbir IPTA ‘lebih senduk daripada kuah’

Jimadie Shah Othman | Aug 11, 08 2:31pm

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/87577

kemaskini 10:37pm Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dijadual dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang tidak membantu meluaskan ruang kebebasan ahli akademik dan pelajar.

“Masalah di universiti, penguasaan golongan pentadbir yang lebih senduk daripada kuah,” kata pensyarah kanan di jabatan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman hari ini.

“AUKU tidak apa. (Persoalannya) pegawai yang cenderung kepada parti (kerajaan) berubah atau tidak?”

Beliau menambah, kebebasan di universiti tidak bergantung kepada pindaan AUKU, sebaliknya “sebahagian pentadbir yang prokerajaan mengambil sikap mengawal aktiviti pelajar dan pensyarah”.

Dr Ahmad Nidzamuddin memberitahu Malaysiakini, jika pentadbir institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak bersikap memihak, kebebasan kampus akan lebih baik.

university campus election pollsPenguasaan golongan pentadbir ini ketara di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), jelasnya.

Ini menurut maklum balas daripada ahli akademik dan pelajar di kedua-dua pusat pengajian  itu, tambahnya.

Pindaan AUKU, tambahnya, jika ingin benar-benar berkesan harus menilai cara penguasaan golongan ini di universiti.

Pelajar dan pensyarah yang menganjurkan aktiviti melibatkan pembangkang akan “dipanggil menghadap” dan diberikan amaran, jelasnya.

Bagaimanapun, menurut pensyarah politik itu lagi, dalam pertemuan pentadbir dengan kakitangan akademik itu, tidak ada apa-apa tindakan diambil.

“Cuma, kalau banyak kali panggil, tidak berani buat lagi,” katanya.

Bagi pelajar pula, kata Dr Ahmad Nidzamuddin, permohonan menyambung tinggal di asrama tidak diberikan.

Mengulas pandangan ahli akademik UKM itu, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata sikap pegawai-pegawai pentadbiran IPTA terbentuk hasil penguatkuasaan akta itu selama ini.

nurul izzah 050407 smile“Pihak pentadbiran universiti adalah produk AUKU. Maka untuk mengubah corak pentadbiran, kita perlu mengubah akta yang wujud,” katanya ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun menganggap pindaan akta itu sekadar “perubahan kosmetik” dan tidak menyelesaikan permasalahan dasarnya iaitu masalah kekangan yang wujud terhadap hak pelajar dan warga akademik.

Nurul Izzah, yang dipertanggungjawabkan mengkaji pindaan ini bagi pihak ahli-ahli parlimen PKR, menambah autonomi IPTA mesti dikembalikan seperti sebelum pindaan Akta Universiti Malaya 1961.

“Kita perlu mengembalikan hak dan kebebasan pelajar (dan pensyarah) seperti yang terkandung dalam Akta UM 1961. Teliti dan selesaikan masalah pokok iaitu ketiadaan autonomi (kampus),” katanya.

Tambahnya, pindaan kepada Seksyen 15 boleh mendorong penyalahgunaan kuasa menteri.

Tambahan lagi, keputusan melantik Naib Canselor masih di dalam tangan Menteri, walau atas nasihat jawatankuasa. Justeru isu pelantikan berbau politik akan terus mempengaruhi budaya universiti-universiti tempatan.

yusmadi yusofSementara seorang lagi wakil rakyat PKR Yusmadi Yusoff (foto kanan) pula menyifatkan pindaan tersebut hanya menyentuh aspek “remeh” seperti soal-soal administratif dan “menguatkan kuasa menteri”.

Dalam seksyen 9, menurut wakil PKR itu, pindaan supaya ketua kampus cawangan dilantik oleh menteri tidak boleh diterima, sepatutnya dibuat oleh naib canselor.

“Sudahlah naib canselor dilantik oleh menteri. Lepas itu tiada kepercayaan kepada naib canselor (melantik ketua kampus cawangan),” kata ahli parlimen Balik Pulau, yang juga seorang pengamal undang-undang.

Pindaan-pindaan lain, tambahnya, seperti memberi kebenaran kepada ahli politik yang menyambung pelajaran bergiat dalam politik sebaliknya tidak perlu dipinda kerana perkara itu dijamin perlembagaan.

Beliau berkata, akta untuk universiti haruslah mementingkan kebebasan akademik, termasuk kebebasan berpersatuan.

Dalam AUKU, masalah paling ketara dalam seksyen 15 yang menyentuh kebebasan mahasiswa berpersatuan, katanya.

Beliau mencadangkan, pindaan AUKU sepatutnya menetapkan kriteria naib canselor dan memberikan kuasa autonomi kepada universiti.

naliniSuara Rakyat Malaysia (Suaram) pula berpendapat, akta kontroversi itu tidak perlu dipinda tetapi terus dimansuhkan seperti juga Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

“Tidak perlu buat akta, (kemudian) pinda sana sini,” kata koordinator badan pejuang hak asasi itu, Nalini E (foto kiri).

Lulusan UKM itu menambah, sewaktu masih belajar, beliau melihat banyak tokoh daripada parti pemerintah dibenarkan terlibat dalam program universiti tetapi pemimpin pembangkang menerima nasib sebaliknya.

Beliau menyifatkan perkata itu sebagai pilih kasih.

gamis forum 100806 bannerGabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) “amat berharap” Seksyen 15 (4) yang berhubung soal bidang kuasa naib canselor diperhalusi semula kerana mempunyai ruang berlakunya “pilih bulu” dalam penguatkuasaannya.

“Sebaiknya diminimumkan kuasa naib canselor terhadap kawalan mahasiswa dalam berpersatuan. Mahasiswa harus diberi peluang memilih dan menyuarakan pandangan tanpa sekatan berdasarkan pengetahuan yang mereka ada,” kata timbalan setiausaha agungnya Siti Nurul Munawirah Mohamad Roslan.

Bagaimanapun, gabungan itu menyambut baik usaha Kementerian Pengajian Tinggi berhubung cadangan pindaan akta itu.

“Langkah-langkah pindaan yang diambil secara tidak langsung, jika dilihat dari sudut positifnya, akan membantu memangkin kembali peranan penting mahasiswa dalam masyarakat, iaitu sebagai jurubicara ummah,” katanya.

Rang undang-undang AUKU dibacakan bagi kali kedua pada sesi Dewan Rakyat yang akan bermula 28 Ogos ini dijangka panas terutamanya Seksyen 15 (hak mahasiswa berpersatuan) dan bidang kuasa menteri yang disebut dalam Seksyen 9 (kuasa menteri melantik ketua kampus cawangan), dan Seksyen 12 (hak menteri meminda, mengubah, atau membetulkan sesuatu perintah kampus).

Dalam seksyen baru 4(a) dan 4(b) pula, dijangka berlaku perdebatan hangat berkenaan jawatankuasa menasihati menteri bagi melantik naib canselor yang menyebut “menteri dari masa ke semasa hendaklah melantik satu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai perlantikan itu”.

3 thoughts on “Pentadbir IPTA ‘lebih senduk daripada kuah’

  1. oppression free, so that the student can expand their ability to think critically not just wait and see.

  2. Perlu ke pelajar berdemonstrasi? pelajar universiti awam perlu membuktikan mereka matang dalam bidang pengkhususan masing masing terlebih dahulu (fardhu kifayah). Just look at their level of maturity banding dengan pelajar 80′ – 90′. baca tesis mereka, final projek mereka, dalamnya pengetahuan dalam bidang spesifik (jangan tau setakat definasi aje). Banyak merosotnya. Buat survey kat employers – then u know wat i mean. Yang guru dan politikus banyak batu api ni pepasal ? ( For info I was in campus in 80′, 90′ and 2k. ) Please dont waste our taxpayers money le. Back in the 60’s? buat tesis pasal maen layang layang? Lov u all…

  3. enough! enough oppression on the students! let us free! takkan mahasiswa berserah dengan mudah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s