DEMA MENGKRITIK SALAH GUNA KUASA PENGAWAI KESELAMATAN TERHADAP ORANG AWAM

Kuala Lumpur 30 Julai, Universiti Malaya (UM) berlaku lagi satu kes salah guna kuasa pengawai keselamatan selepas kes pengawai keselamatan menahan 3 orang pemimpin DEMA. Kali ini pengawai keselamatan menahan kereta dan bertindak kasar terhadap seorang penuntut sarjana UM bernama Cheah Xun Yuan dan kawannya Ng Yong Jin yang hanya pergi ke perpustakaan untuk mengambil buku.

 

Kes ini berlaku pada 30 Julai pukul 3 petang. Pada masa itu, Ng Yong Jin berada di dalam keretanya tengah menunggu kawannya yang pergi ke perpustakaan. Tiba-tiba, dia dimarahi dan dihalang meninggalkan tempat itu dengan sebuah motor oleh 6-7 orang pengawai keselamatan UM yang tidak berpakaian seragam dan tidak menunjukkan kad identiti mereka. Mereka telah memarahi Ng Yong Jin dengan bahasa yang kasar, menendang badan keretanya dan memukul tingkap keretanya dengan kuat. Salah seorang pengawai keselamatan pula memasukkan tangannya ke dalam kereta Ng Yong Jin melalui tingkap dan telah mematikan enjin kereta. Dia cuba lagi merampas kunci kereta tetapi tidak berjaya.

 

Salah seorang pengawai keselamatan yang tidak menunjukkan identitinya memberitahu Ng Yong Jin bahawa dia telah di “black list” kan oleh UM. Dia meminta Ng Yong Jin berjanji tidak akan masuk ke UM lagi sebagai syarat untuk membebaskan dia.

Cheah Xun Yuan telah ditolak oleh pengawai keselamatan semasa dia ingin berunding dengan mereka. Seorang lagi mahasiswa UM yang menampak keadaan yang berlaku telah menangkap gambar keganasan pengawai keselamatan, tetapi dia telah dikepong oleh 4 orang pengawai keselamatan, digugat dan dipaksa memadam gambar yang ditangkap.

 

Ng Yong Jin telah membuat laporan polis melalui kawannya setelah berasa keselamatan mereka terancam. Setelah polis sampai, kes ini baru diselesaikan. Selepas itu, Ng Yong Jin bersama kawannya telah membuat laporan polis di Balai Polis Pantai.

DEMA berpendapat bahawa:

1. Pengawai keselamatan UM bertindak kasar terhadap orang awam, menyebabkan Ng Yong Jin dan Cheah Xun Yuan mengalami ketakutan, dikasari dan membazir masa sebanyak 6 jam.

2. UM sebagai sebuah universiti yang disanjung tinggi di Malaysia, pengawai keselamatannya tidak boleh menghalau orang awam yang datang kee perpustakaan tanpa sebab. Kelakuan ini akan merosakkan nama UM.

3. Pengawai keselamatan yang tidak berpakaian seragam dan tidak menunjukkan kad identiti menyebabkan orang lain tidak dapat mengetahui identiti mereka. DEMA berasa curiga terhadap niat pihak keselamatan untuk membenarkan mereka menjalankan tugas.

4. Tanggungjawab pengawai keselamatan sepatutnya adalah menjaga keselamatan mahasiswa. Berlakunya kes ini adalah sesuatu salah guna kuasa yang serius. Naib Canselor UM dan ketua keselamatan UM perlu memberi penjelasan kepada masyarakat dan menjamin perkara ini tidak akan berlaku lagi.

 

DEMA menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang telah mengancam hak-hak mahasiswa. KPT juga tidak harus membenarkan penggunaan kuasa pengawai keselamatan untuk mengongkong mahasiswa dan menimbulkan ketakutan. DEMA juga meminta semua pihak turut bersama dalam membina universiti negara kita yang berkualiti dan sentiasa bersama masyarakat kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s