PROTES SAMPAI TURUN!!!

Perhimpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Minyak

Tarikh: 12 Julai 2008 (Sabtu)

Masa: Jam 3 petang

Tempat: KLCC

Dianjurkan oleh: Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak (PROTES)

DEMA menyeru semua orang terutama pemuda-pemudi dan mahasiswa-mahasiswi sama-sama membantah kenaikan harga minyak. Marilah kita PROTES SAMPAI TURUN!

Rakyat Malaysia telah dikejutkan pada 4 Jun 2008 apabila kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen. Ini merupakan satu peningkatan 40.6% daripada harga sebelum ini.

Kerajaan BN juga telah mengumumkan satu polisi baru di mana pengguna kereta kurang daripada 2000cc akan diberi RM600 setahun sementara penunggang motosikal pula diberi RM120 setahun. Polisi baru ini adalah kononnya untuk membantu rakyat kurang berada. Namun demikian, jika perhitungan mudah dibuat, elaun ini jelas tidak cukup untuk menampung kos kenaikan yang begitu ketara.

Alasan utama yang diberikan oleh kerajaan adalah bahawa harga minyak di pasaran dunia semakin meningkat. Ini alasan yang buruk kerana Malaysia ialah sebuah negara pengekspot minyak. Peningkatan harga minyak di pasaran dunia sebenarnya menguntungkan PETRONAS meskipun harga minyak yang diimpot dari negara lain juga meningkat.

Mereka yang pro-kerajaan mungkin akan memberi statistik harga minyak tinggi di negara yang tidak menghasilkan petroleum (negara pengimpot). Jangan tertipu dengan helah ini! Jika dibandingkan dengan negara pengekspot minyak lain di dunia, Malaysia jelas mempunyai harga minyak tempatan antara yang tertinggi. Cuba lihatlah jadual ini:

Negara

Harga Seliter Minyak

UAE

RM1.19

Bahrain

RM0.87

Qatar

RM0.68

Arab Saudi

RM0.38

Nigeria

RM0.32

Venezuela

RM0.16

Di Venezuela, harga seliter petrol hanya RM0.16, manakala di negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, UAE dan Qatar, harga seliter petrol di antara RM0.38-RM1.19. Wajarlah harga petrol negara kita berlipat ganda berbanding negara pengeskspot lain?

Rakyat Malaysia perlulah melakukan sesuatu untuk menunjukkan kepada kerajaan BN bahawa kita tidak setuju dengan kenaikan harga minyak ini. Oleh yang demikian, PROTES menganjurkan satu perhimpunan aman yang akan diadakan bulan depan. Rakyat jelata mestilah turun beramai-ramai untuk membantah tindakan kerajaan BN yang tidak wajar dan membuktikan bahawa kuasa sebenar berada di tangan rakyat.

 

3 thoughts on “PROTES SAMPAI TURUN!!!

  1. Ek ellleee….yang dok sibuk2 protes tu buat apa….kalau dah harga turun…dia turun lar nanti. Kalau kau protes 60 kali sehari pun harga naik…naik la dia…apa nak jadi sengal sangat. Tepung, gula beras, ikan, sayur naik apasal tak protes pun…?. Simen kayu besi naik apasal tak protes?.

    Sebab yang tu bukan orang Melayu berniaga?. Petronas ni orang melayu berniaga, sebab tu tak habis2 protes. engki khianat tak pernah habis, sengalllll

  2. BETUL!!!!!KUASA SEBENAR ADALAH DI TANGAN RAKYAT.

  3. Pingback: PROTES SAMPAI TURUN!!! « Suara Dari Masyarakat Akar Umbi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s