反内安令集会 (Vigil Anti-ISA)

Vigil anti-ISA (Internal Security Act) telah diadakan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping pada 7/6/2008. Vigil tersebut disertai oleh lebih kurang 1000 orang dari pelbagai bangsa yang menyokong memansuhkan ISA termasuk ahli DEMA. Mereka berjalan sejauh 4km bermula dari SM Teknik Taiping dengan cahaya lilin pada setiap orang ibarat satu harapan baru yang wujud dari kegelapan dan kezaliman ISA. Vigil tersebut bermula pada pukul 8pm dan berakhir pada 9pm.

Vigil ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Pengerusi GMI, Encik Syed Ibrahim Syed Noh yang mengetuai perhimpunan aman ini mengutuk ISA sebagai undang-undang yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. ISA juga telah merampas hak asasi rakyat Malaysia dengan menafikan hak tahanan ISA membela diri di mahkamah. Beliau juga menyeru agar ISA dimansuhkan, bebaskan tahanan ISA dan tutupkan Kem Tahanan Kemunting dengan serta-merta.

Malaysia Youth And Students Democratic Movement (DEMA) menyokong vigil anti-ISA yang diadakan. Sebanyak 10 orang dari DEMA telah menyertai perhimpunan tersebut. Antara sumbangan DEMA ialah mengetuai slot nyanyian lagu mansuh ISA. Lirik lagu ini diubah dari lagu ‘Sejahtera Malaysia’

Lagu Mansuh ISA

Puji dan syukur pada Badawi

Penipuannya tiada terhingga

Keseksaan Kezaliman

Katanya ISA okay…

Dengan tekad merampas duit rakyat

Berbakti pada Scomi dan kroni

BN junjung cita-cita luhur

Menyapu duit seluruh negeri

Setia sekata sehati sejiwa

Menghadapi cabaran

Kami sedia kami beria

menerus perjuangan kita

Bersemarak kami anak muda

Berusaha mansuhkan ISA

Kami rela berjuang bersamamu

Sejahtera Malaysia

Jalan yang menuju ke Kem Tahanan Kemunting sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan di Kamunting dan Changkat Jering dikawal ketat oleh pihak polis. Tetapi ini tidak mematahkan semangat para penyokong untuk menghadiri vigil anti-ISA tersebut. Encik Syed Ibrahim hanya diberi masa 15 minit untuk menyuraikan semua orang. Oleh itu, hanya 3 orang mempunyai peluang untuk memberi ucapan termasuk Encik Syed Ibrahim, Norlaila Othman dan Sharmila. Suami Norlaila Othman, Mat Sab Mat Satray merupakan salah satu tahanan ISA yang telah ditahan selama 6 tahun dan tarikh pembebasannya belum diketahui lagi. Suami Sharmila, Sanjeev Kumar ditahan atas tuduhan ‘agen perisik asing’, suaminya kini sudah lumpuh dan beliau dalam keadaan kritikal lalu dihantar ke Hospital Bahagia.

Selain itu, Kerajaan Perak dan Selangor juga menyokong vigil ini dengan memberi bantuan kepada aktivis anti-ISA. Kerajaan Perak menyediakan tempat tinggal manakala Kerajaan Selangor menyediakan bus untuk membawa mereka ke Taiping. Vigil anti-ISA berakhir dengan aman dan lilin diletak di tepi jalan sebagai tanda harapan baru.

Tetapi harus diingati bahawa, perjuangan ini belum tamat lagi dan kita berharap agar tahanan ISA mendapat kebebasan mereka pada suatu hari nanti……

‘Hidup!Hidup!Hidup Rakyat!!
Tutup!Tutup!TutupTutup Kemta(Kem Tahanan Kamunting)!
Bebas!Bebas!Bebas Tahanan!
Mansuh!Mansuh!Mansuh ISA!’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s