Bantah AUKU: memo untuk menteri

http://www.malaysiakini.com/news/80494

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menghantar memorandum khusus kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung cadangan kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dan universiti.

forum on uuca 090605 stampsSMM merupakan gabungan badan-badan pelajar: Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Persatuan untuk Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Mahasiswi (JKMI), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP) dan Food Not Bomb (FNB).

Dalam satu kenyataan hari ini, SMM berkata, sebagai wadah seluruh mahasiswa pelbagai bangsa dan agama di negara ini, ia akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Khaled dalam masa yang terdekat.

Katanya, mahasiswa di seluruh negara mengambil perhatian dan memandang berat kenyataan Khaled mengenai cadangan kerajaan untuk meminda AUKU.

“Secara umum, SMM selaku pendukung perjuangan mahasiswa seluruh negara, menyokong penuh usaha-usaha penambahbaikan dan keintelektualan mahasiswa,” tambah kenyataan tersebut.

Menurutnya, SMM sudah sekian lama berjuang agar AUKU bukan sekadar dipinda, bahkan dimansuhkan sama sekali kerana akta ini jelas menyekat hak asasi mahasiswa, khususnya dari aspek kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan serta berpersatuan.
Maksud sebenar

“Istilah mahasiswa itu sendiri, jika direnung dan dicermati, ia mengandungi maksud yang besar. Mahasiswa terbit dari kosa kata ‘maha’ dan ‘siswa’.

ssm students abolish uuca 250206 banners“‘Maha’ bererti agung, besar dan hebat. Manakala, siswa adalah segolongan pelajar cerdik pandai yang lahir daripada universiti.

“Definisi ini menggambarkan bahawa mahasiswa bukan entiti picisan. Bahkan, mahasiswa merupakan suara keramat bagi setiap isu dari dalam sehingga keluar kampus.
“Bahkan, istilah ini memberi autoriti total terhadap kebebasan bersuara, beraktiviti dan juga berfikiran kritikal yang akhirnya mampu menyemai kebolehan mahasiswa dalam mengembangkan potensi diri,” katanya.

Justeru, SMM berpendirian tegas bahawa AUKU perlu dimansuhkan dan ia sama sekali tidak relevan dalam dunia kemahasiswaan.

“Bahkan SMM sejak Mac 2004, tarikh penubuhannya, telah menggariskan bahawa agenda memansuhkan AUKU sebagai salah satu agenda utama yang akan diperjuangkan oleh barisan aktivis mahasiswa pelbagai bangsa,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s