Realisasikan Gabungan Bertindak Mahasiswa Utara (GBMU)!

ALHAMDULILLAH…Selepas proposal ‘Merencana Gerakan Mahasiswa Peringkat Utara Pasca PRU12 Malaysia’ diwacanakan, akhirnya komuniti aktivis mahasiswa yang hadir telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah pertubuhan gabungan.
Peristiwa bersejarah tersebut berlangsung di USM Pulau Pinang sekitar jam 7.30 malam.

Pertubuhan tersebut dikenali sebagai Gabungan Bertindak Mahasiswa Utara (GBMU). Pertubuhan ini telah dipengerusikan oleh Sdr. Abdul Hadi b. Mohd dan Setiausahanya adalah Sdr. Heng Lung.

Lebih 6 pertubuhan mahasiswa yang kebanyakkan beroperasi di USM sendiri telah bersetuju berpartisipasi di bawah GBMU tersebut. Masing-masing telah bersetuju menghantar seorang wakil sebagai eksekutif dalam pertubuhan koliasi tersebut.

5 pertubuhan lain telah menyatakan hasrat bergabung namun perlu mendapat persetujuan ekslusif kepemimpinan pertubuhan masing-masing terlebih dahulu selepas ini. Sebanyak 24 pertubuhan lain di peringkat Utara tidak dapat menghantar wakil dalam forum bersejarah tersebut. Namun, rata-rata mereka telah menyatakan sikap optimis dan positif.

Terdapat beberapa faktor pendesak yang mendorong mereka menubuhkan pertubuhan gabungan tersebut secara bersama.

PERTAMA, perubahan lanskap politik Malaysia khususnya di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis pasca PRU12 yang semestinya menuntut perdirian jelas dan style gerakan baru dari pertubuhan-pertubuhan mahasiswa di peringkat Utara.

KEDUA, kesedaran aktivis-aktivis mahasiswa sendiri berhubung realiti massa dewasa ini yang masih belum ada / tiada satu pentas atau wadah progresif yang boleh menghimpunkan pertubuhan-pertubuhan mahasiswa yang variasi di peringkat Utara.

KETIGA, mereka juga menyedari realiti pergerakan SMM dan GAMIS lebih menumpu pada mainstream utama iaitu Lembah Klang hatta mahasiswa-mahasiswa Utara kurang berpartisipasi disebabkan faktor geografi dan realiti beban kerja berpersatuan di peringkat pertubuhan/negeri sendiri yang patut lebih diutamakan.

KEEMPAT, mereka juga menyedari bahawa amukan isu di beberapa Universiti di sekitar Malaysia Utara dan memang telah dihadapi oleh semua pertubuhan-pertubuhan yang hadir secara persendirian seperti isu demokrasi kampus, kebajikan mahasiswa dan kepentingan generasi muda yang sudah semestinya mendesak pertubuhan-pertubuhan tersebut bergerak secara bersama di peringkat nasional.

KELIMA, mereka juga menyedari realiti mahasiswa di hampir semua kampus peringkat Utara semakin tandus idealisme kemahasiswaan jika dibandingkan dengan komuniti mahasiswa Lembah Klang yang sudah semestinya mendesak suatu kerjasama yang proaktif di kalangan pertubuhan-pertubuhan yang hadir demi menggarapkan semula pendidikan politik dan aktivitisme mahasiswa di lapangan kampus.

Dalam perwacaan tersebut juga, pertubuhan-pertubuhan yang hadir telah mempunyai premis misi dan landasan perjuangan yang bulat dan tekad. Landasan perjuangan GBMU tersebut adalah:

PERTAMA, GBMU mestilah menjadi independence group, pressure group, watchdog dan check and balance kepada pihak kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

KEDUA, GBMU perlulah memberikan komitmen dalam usaha memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta akta-akta draconion yang seumpamanya.

KETIGA, GBMU perlu secara konsistan memperjuangkan demokrasi kampus dan kebebasan akademik di Universiti.

KEEMPAT, GBMU perlu mempertahankan kebajikan dan hak-hak mahasiswa sebagaimana yang dijamin oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan Perlembagaan Persekutuan sendiri.

KELIMA, GBMU mestilah melaksanakan atau memperjuangkan semua isu-isu yang melibatkan kepentingan mahasiswa dan generasi muda Malaysia.

KEENAM, GBMU mestilah secara bersama mendominasi semula politik kampus dan kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) melalui proses Pilihanraya Kampus (PRK) yang bersih, adil dan demokratik.

KETUJUH, GBMU bertanggungjawab memberikan ‘kesedaran’ berhubung idealisme mahasiswa kepada masyarakat kampus (mahasiswa).

Ketika ditanya berhubung apakah aktiviti terdekat oleh GBMU tersebut, Pengerusinya menjelaskan bahawa GBMU akan melancarkan roadshow di semua negeri zon Utara demi menerapkan kefahaman dan menggarapkan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan mahasiswa yang mempunyai citarasa yang tidak jauh berbeza dengan hasrat GBMU sendiri.

Semoga penubuhan GBMU tersebut membuka lembaran baru dalam lanskap politik Malaysia khususnya di peringkat Utara -END

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s