Rakyat Sudah Buat Perubahan, Kini Giliran BR Bawa Perubahan

Mac 8, 2008, Malaysia dilanda dengan Tsunami perubahan. Keputusan
pilihanraya umum yang sungguh mengejutkan. Siapa yang sangka yang ” silent
majority” akan bersuara dengan begitu lantang sekali untuk “PERUBAHAN”.

Namun, yang menang besar pada PRU Ke-12 ini bukannya parti-parti politik.
Yang menang adalah rakyat jelata yang telah berani membuat keputusan untuk
membawa perubahan. Selepas 50 tahun di pemerintahan yang sama, pemerintahan
yang menindas rakyat, yang cukup angkuh dan pemerintahan yang memperbodohkan
rakyat, akhirnya satu mesej yang cukup jelas telah diberikan. Walaupun, BN
sering menakut-nakutkan rakyat dengan peristiwa 13 Mei 1969, ramai golongan
muda tidak terpengaruh dengan tipu muslihat ini lagi.  Justeru, politik
Malaysia telah masuk ke era yang baru dimana rakyat menuntut perubahan yang
sebenar dan bukan kosmetik sahaja.

PRU Ke-12 juga melihat politik perkauman ditolak oleh rakyat dan  corak
pengundian rakyat bukan mengikut kaum tetapi agenda ataupun manifesto
parti-parti politik. Lagipun, rakyat telah membuktikan yang mereka bukannya
boleh diperdayakan lagi dengan tema pembangunan dan kestabilan. Barisan
Nasional tidak boleh mempermainkan mereka lagi dengan janji-janji kosong dan
politik wang dan perkauman.

Nampaknya rakyat Malaysia telah bersedia untuk perubahan.

*Harapan terhadap  Barisan Rakyat *

Persoalannya kini, apa yang boleh ditawarkan oleh wakil-wakil rakyat Barisan
Rakyat yang telah diberi mandat oleh rakyat ini ?

Perubahan yang paling penting ialah kesedaran wakil rakyat bahawa rakyat
adalah “boss” mereka dan bukannya sebaliknya. Adalah penting bagi
mengutamakan tuntutan rakyat dan bukannya tuntutan syarikat atau kroni.
Ramai wakil rakyat Barisan Rakyat memang perjuang hak asasi dan adalah besar
harapan kami mereka akan teruskan perjuangan mereka di parlimen dan dewan
undangan negeri.

Bukan itu sahaja, adalah penting untuk mempercepatkan agenda masyarakat
tertindas dan membantu mereka seperti isu perumahan Kampung Berembang, isu
perumahan pekerja ladang , membatalkan notis pengusiran paksa dan Dasar
Setinggan Sifar  dan banyak lagi isu rakyat yang harus dan boleh
dupertimbangkan dengan segera.

Barisan Rakyat juga harus mengembalikan pilihanraya untuk Ahli Majlis
Perbandaran (Kerajaan Tempatan) untuk memastikan ketelusan dan kewibawaan
dalam pentadbiran majlis perbandaran.

* ** *

*TUNTUTAN JERIT *

JERIT berharap kerajaan–kerajaan negeri baru ini akan membawa perubahan yang
sebenar kepada rakyat dan merealisasikan janji-janji mereka kepada rakyat.
Rakyat akan sabar menunggu dan sentimen di akar umbi adalah, rakyat percaya
kepada kerajaan baru ini dan sanggup memberi masa kepada mereka untuk
merealisasikan manifesto mereka.

Akan tetapi, wakil rakyat –wakil rakyat harus ingat, bahawa rakyat sudah
bosan dengan janji-janji kosong dan mereka tidak akan memberi anda masa 50
tahun  seperti diberi untuk Barisan Nasional. Barisan Rakyat hanya ada masa
sampai pilihanraya ke -13 , iaitu 5 tahun lagi. Adalah perlu untuk Barisan
Rakyat membuktikan kebolehan dan kebaikan memilih mereka dalam 5 tahun yang
akan datang. Kalau tidak, rakyat yang sama ini akan membuat perubahan di
pilihanraya umum ke -13 demi masa depan yang lebih baik untuk mereka dan
generasi masa depan.

Akhir sekali JERIT ingin mengucapkan tahniah kepada Barisan Rakyat  yang
telah menang besar dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU Ke-12). Selamat
berkhidmat untuk menjadikan pentadbiran di Malaysia adil, saksama, telus dan
beramanah.

*RAKYAT SUDAH MEMBUAT PERUBAHAN! *

*TIBA MASANYA BARISAN RAKYAT MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA RAKYAT ! *

* *

Kohila

Sekretariat JERIT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s