Mahasiswa Menuntut Keselamatan Kampus USM

SPF USM dan lebih kurang 20 mahasiswa telah menghantar memorandum kepada TNC iaitu Prof Madya Omar bin Osman bersama dengan memorandum yang mempunyai 800 tandatangan mahasiswa yang dikumpul dalam masa 2 hari. Memorandum ini juga disokong oleh 3 persatuan iaitu coordinator SPF saudari Loo Que Lin, YDP Persatuan Mahasiswa Islam saudara Mohd Ashraf Mohd Salleh dan setiausaha agung Persatuan Bahasa Tionghua saudari Low Co Sin.

Memorandum ini dihantar mengenai khabar angin yang mengatakan kes rogol yang disebar dalam kampus, khabar angina telah menimbulkan ketakutan di kalangan mahasiswi supaya menjadi mangsa yang seterusnya. 4 tuntutan memorandum ini ialah:

  1. Pihak berkuasa harus menyelesaikan masalah kampus ini secara telus dan berkesan dengan mengeluarkan notis pemberitahuan kepada warga kampus mengenai kebenaran kes tersebut .
  2. Menyiasat dengan teliti dan serius mengenai kes tersebut dengan memberi penjelasan yang sewajarnya kepada warga kampus .
  3. Meminta setiap Majlis Penghuni Desasiswa mengambil berat terhadap isu keselamatan yang kian berlaku dalam sekitar kampus serta mengambil langkah penyelesaian yang sewajarnya .

4. Menambahkan lampu jalan di kawasan desasiswa seperti desasiswa Cahaya Gemilang , desasiswa Fajar Harapan dan desasiswa Bakti permai serta sekitar kawasan Universiti yang kekurangan lampu keterangan

Lebih kurang 20 mahasiswa telah berkumpul di luar pejabat hal ehwal dan pembangunan pelajar dan memasuk pejabat untuk menghantar memorandum. Apabila 4 mahasiswa telah masuk pejabat, pengawai keselamatan terus tutup pintu supaya menghalang mahasiswa lain untuk memasuki pejabat TNC. Walaupun mahasiswa menyoal pengawai keselamatan, tetapi pengawai keselamatan tidak perduli mahasiswa tetapi TNC ada mesyuarat. Timbalan ketua pendaftar kanan seolah-olah menghalang mahasiswa berjumpa dengan TNC dengan menerima memorandum daripada mahasiswa. Selepas berunding dengan dia, mahasiswa terus menunggu TNC untuk menghantar memorandum kepada TNC dan membincangkan kes rogol dimana khabar angin yang disebar dalam kampus.

Setelah mahasiswa menunggu lebih kurang sejam, TNC mengizinkan mahasiswa masuk untuk menghantar memorandum. Pihak universiti tidak memberi penjelasan yang sewajar dan pengsiasatan masih dijalankan. Mahasiswa juga menanya prosedur pengawai keselamatan, TNC hanya mengata pengawai masih dalam proses dilatih. Akhirnya, mahasiswa berasa pelik keranaTNC menolak mengecop perkataan DITERIMA di atas salinan memorandum mahasiswa dengan alasan ada masalah.

Akhirnya, SPF menyeru pihak universiti mengelesaikan masalah keselamatan dengan segera, bertimbang tuntutan mahasiswa dan kembalikan kampus yang aman kepada mahasiswa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s