
Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA) memandang serius keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dalam perbicaraan kes ISA 7 pada 18 Jun 2009.
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa lima individu iaitu Rafzan Ramli,Khairul Amal Mahmud,Ahmad Kamal Abdul Hamid,Nik Norhafizi Nik Ismaildan Zulkifli Idris yang merupakan pelajar universiti tempatan pada tahun 2001 bersalah kerana menyertai perhimpunan haram anti-ISA pada Jun 2001.Justeru kelima-lima individu tersebut telah didenda RM 3900 atau tiga bulan penjara.Kelima-lima individu tersebut turut digantung daripada meneruskan pengajian mereka mengikut Akta Universiti Kolej Universiti.
DEMA berpendirian bahawa keputusan mahkamah dalam perbicaraan ini jelas sekali memaparkan pencabulan yang serius terhadap hak asasi manusia.Kebebasan bersuara secara individu atau berkumpulan serta menyatakan pendirian individu atau kumpulan kepada pihak berkaitan dan masyarakat merupakan suatu hak yang diberikan dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR).Justeru kelima-lima individu tersebut memparktiskan hak mereka dengan menyatakan pandangan mereka terhadap Akta Dalam Negeri (ISA) dalam protes pada Jun 2001.Justeru,sebarang tindakan terhadap tindakan mereka merupakan suatu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang serius.Keputusan mahkamah pada 18 Jun 2009 merupakan suatu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang serius dan kritikal malah bertentangan dengan fungsi institusi kehakiman untuk melindungi hak asasi individu.
DEMA turut berpendirian bahawa keputusan mahkamah dalam perbicaraan ini merupakan suatu justifikasi terhadap tindakan-tindakan intimidasi terhadap sistem demokrasi.Penafian terhadap hak untuk berkumpul serta menyuarakan pandangan individu atau kumpulan merupakan suatu ancaman yang kritikal dan serius kepada sistem demokrasi di Malaysia. Sistem demokrasi memberikan dan menjamin hak setiap individu untuk bersuara sama ada secara individual atau berkumpulan serta menyatakan pendirian individu atau kumpulan kepada pihak berkaitan dan masyarakat umumnya sepertimana yang telah dilakukan oleh kelima-lima individu tersebut dalam protes anti ISA pada Jun 2001.Keputusan mahkamah menyediakan suatu justifikasi kepada mana-mana pihak untuk mengancam asas sistem demokrasi di Malaysia.Justeru, DEMA berpendirian bahawa keputusan ini merupakan suatu ancaman yang serius dan kritikal terhadap sistem demokrasi di Malaysia.
Selaras dengan pendirian tersebut,DEMA menuntut agar hak asasi manusia dan sistem demokrasi dikembalikan,dipulihkan dan dijamin oleh setiap pihak dengan memansuhkan undang-undang yang bersifat anti-hak asasi manusia serta anti-demokrasi dimansuhkan termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).
Filed under: 1
Malaysia Youth & Students Democratic Movement(DEMA)







Mansuh AUKU at Soh Sook Hwa Court Case
Student Rights Day 2005
Campus election rally 2005